[VIDEO] Niat Nak Tolong Ibu Di Dapur, Belum Apa-Apa Dah Kena Ketuk Sebab Jatuhkan Makanan
Kesian pun ada, tapi lawak pula tengok dia kena ketuk tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jarang sekali kita dapat lihat anak lelaki tolong ibu memasak di dapur bukan?
Kebiasaannya hanya anak perempuan saja yang sinonim dengan sikap rajin pergi ke dapur. Tetapi, ada juga anak lelaki yang tidak ketinggalan untuk membantu ibu mereka memasak dan menghidangkan makanan.
Tetapi, lain pula yang jadi kepada seorang remaja lelaki ini apabila videonya ketika ingin membantu ibu memasak tular di laman sosial TikTok baru-baru ini.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Baru nak tolong ibu di dapur, sekali bekas sayur pula terjatuh
Menerusi video yang dikongsi oleh @yogabukanhyuga, kelihatan dia ketika itu baru saja masuk ke dapur dengan niat ingin membantu ibunya memasak.
Namun sebaik saja dia baru memegang bekas yang berisi sayur-sayuran, entah macam mana tangannya licin dan terlepas sehingga sayur itu semua jatuh ke lantai.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila ibunya terkejut lalu spontan mengetuk kepalanya dengan periuk berulang kali.
Remaja lelaki itu kemudiannya kembali semula ke dapur dan berkata dia cuma mahu bantu. Tetapi sekali lagi si ibu mengetuk kepalanya dan menyuruh dia keluar dari dapur.
"Nyaringnya bunyi! Lupa ingatan kejap tak?" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan yang sehingga kini mendapat 5.2M views, 477K likes serta 10.4K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat dua beranak itu.
Malah, ada pula yang berkata bunyi ketika periuk itu diketuk di kepalanya ternyata sangat memuaskan.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: