seismik

“Kena Sampuk Agaknya” - Lelaki Ini Penat Layan Ragam Isteri 3 Hari Shopping Di ECO Shop

"Bersyukur la bang dia ajak pergi ECO je" - Warganet.

Cover image via @fadhzilabidin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa je yang tidak suka pergi ke kedai barangan murah popular, ECO Shop bukan?

Bukan saja murah, malah semua jenis barangan ada di pasar raya kegemaran ramai itu. Sebut saja nak beli apa, pastinya barang itu ada di ECO Shop.

Antara golongan yang sering menerjah ke ECO Shop ini adalah kaum perempuan baik suri rumah atau pun mereka yang sudah bekerja.

Tidak terkecuali dengan seorang wanita ini apabila videonya viral di aplikasi TikTok selepas si suami berkongsi hobinya yang suka pergi ke ECO Shop tiga hari berturut-turut.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@fadhzilabidin

Boleh gila kalau 3 hari straight ke sini

original sound - Fadhzil Abidin

Suami tak faham isteri hari-hari nak pergi ECO Shop, dah macam kena sampuk

Menerusi video yang dikongsi oleh Fadhzil Abidin, dia meluahkan rasa pelik apabila si isteri sering mengajaknya pergi ke ECO Shop setiap hari.

Apa yang menghiburkan adalah apabila Fadhzil mula membebel semasa isterinya sedang mencari barangan di dalam pasar raya tersebut.

"Saya memang tak faham betul perempuan ni eh, orang rumah saya ni tak tahulah dah kena sampuk ke apa dengan ECO Shop ni. Setiap hari nak datang ECO Shop, kepala otak dia"

"Tak sampai 10 saat dah ada barang dalam troli, dahsyat. Lepas tu kita yang lelaki ni tak beli apa-apa ni nak buat apa? Haa nampak, tak dapat anugerah suami mithali jugak tak tahulah," katanya.

Tidak lama kemudian, kelihatan isterinya cuba melarikan diri apabila terkantoi sedang sibuk memilih cermin mata hitam.

"Mungkin dia CEO ECO Shop kot. Ya Allah Ya Tuhanku. Yang, mengucap yang," katanya lagi.

"Betapa gembiranya wife dia. Pahala kau dik bahagiakan isteri" - Warganet

Gelagat suami isteri itu tular sehingga meraih 146K tontonan, 14.6K tanda suka serta 480 perkongsian di TikTok.

Sementara itu, rata-rata warganet turut terhibur selepas melihat video berkenaan dan berkata lelaki itu bernasib baik kerana isterinya hanya mengajak pergi ke ECO Shop, bukan shopping mall mahal seperti Pavilion.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Orang lelaki kena tahu perempuan ni kalau sekali dah addicted, memang dia akan repeat tempat sama sampailah bosan. So, bertabahlah ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: