seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Pelik Baju Isteri Penuh Satu Almari, Tapi Masih Nak Pakai Baju Suami

Mesti ramai yang boleh relate kan?

Cover image via @rue1808 (TikTok)

Korang perasan tak, perempuan selalu ada masalah dengan pakaian yang tak cukup

Walaupun baju dah penuh satu almari, tapi selalu bagi alasan tak ada baju nak pakai bila setiap kali nak keluar kan? End up mesti beli baju baru lagi.

Namun lain pula yang terjadi kepada lelaki ini apabila videonya di TikTok tular kerana dia tidak memahami dengan perangai si isteri yang suka memakai bajunya.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Pelik dan sempat merungut baju isteri banyak sampai penuh satu almari, tapi tetap nak pakai suami punya

Menerusi video yang dimuat naik oleh lelaki yang dikenali sebagai Paul, kelihatan dia merakam koleksi baju isterinya yang banyak sehingga penuh satu almari.

Bukan itu saja, malah beberapa ruang lain seperti laci almari kecil pun dipenuhi dengan baju si isteri. Sedangkan baju Paul cuma sedikit saja di dalam almari pakaian mereka.

Tetapi apa yang membuatkan dia tidak faham adalah isterinya tidak mahu pakai baju sendiri ketika di rumah dan selalu menyarung bajunya.

Apa yang lebih menghiburkan adalah sebaik saja isterinya kantoi sedang memakai baju suami di depan camera, dia hanya membuat muka tidak bersalah sambil tersenyum.

"Samalah bro, ingatkan aku sorang je yang ada masalah besau ni" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video itu tular sehingga kini meraih 543.9K views, 37.5K likes serta 1,542 shares di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur dan dapat relate dengan situasi yang dihadapi Paul itu, terutamanya para suami.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Alamak, nampak gayanya memang ramai ada masalah sama ni. Kaum isteri, apa jawapan korang? :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: