"Bahagia Cara Kami Orang Perempuan" - Gelagat Si Isteri Masuk ECO Shop Ini Jadi Perhatian
Alhamdullilah, jumpa jalan keluar akhirnya.
Rakyat Malaysia terutamanya orang perempuan dengan barang murah berpisah tiada. Mana taknya, boleh jimat duit dan dapat barang yang dikehendaki pula tu kan? Confirm melompat keriangan!
Kadang kala, bagilah masa sehari suntuk untuk golongan wanita bershopping, pasti tidak cukup.
Lebih teruk, bila suami atau pasangan jadi peneman, kelihatan muka bosan dan cuak tatkala menunggu pasangan membeli-belah.
Jangan fikir wanita bershopping ini untuk melepaskan keinginan semata-mata dan sebagai suami atau pasangan pula, janganlah mempertikaikan apa yang isteri lakukan.
Begitu juga dengan perkongsian seorang pengguna di TikTok, @nizamjr.11 yang memuat naik video isterinya pergi membeli-belah di sebuah kedai baru-baru ini.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Cakap cuma nak masuk dan lihat barangan yang ada saja tapi sampai 1 jam lamanya
Lelaki itu memberitahu, isterinya memberitahu mahu masuk kedai itu untuk 'tengok-tengok' barangan yang ada sahaja, tetapi selepas sejam menunggu dalam kereta akhirnya isteri keluar.
Malah, apa yang lebih melucukan apabila isterinya itu membawa barangan sekali yang penuh ditangannya hasil pembelian di kedai berkenaan.
Bagi yang pernah berkunjung ke ke ECO Shop ini pasti tahu kenapa si isteri itu keluar dengan banyak barangan yang dibelinya, sampaikan kedai ini mendapat jolokan kedai 'berhantu' oleh sesetengah pengguna.
Mana taknya, bila masuk memang sukar untuk jumpa jalan keluar kerana kedai terbabit menawarkan harga murah kepada para pelanggannya dengan harga yang sama iaitu RM2.10.
Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati, rata-rata netizen boleh relate dengan kejadian berkenaan kerana sememangnya kalau masuk ke kedai tersebut, mereka juga mungkin akan jadi seperti itu
Malah, ada juga yang mengatakan itulah cara orang perempuan nak 'bahagia' dan mengakui antara salah seorang yang berperangai sedemikian.
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian video itu sudah meraih lebih 57K views, 3K likes dan hampir 200 comments di TikTok.
Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Untuk para lelaki dan suami, jangan marah kalau isteri atau pasangan korang suka shopping ya tapi raikan apa yang dia nak :)