Lelaki Ini 'Tertipu' Ingat Nak Beli Sarung Bantal Baru, Tapi Rupa-Rupanya Baby Pillow Case
Membaca amalan mulia.
Tidak kira kawasan, tempat dan negeri, kedai RM2 bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan
Boleh dikatakan hampir setiap orang pernah mempunyai pengalaman dan masuk ke kedai RM2 ini, manakan tidak barangan yang dijual di dalam kedai ini semuanya dijual pada harga sama iaitu RM2.
Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna di media sosial di dalam sebuah group iaitu Beli Apa Di Eco Hari Ini di Facebook.
Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Akim Afiq berkongsikan pengalamannya masuk ke sebuah kedai Eco Shop dan membeli-belah barangan yang terdapat di situ.
Berikut di bawah adalah perkongsian penuhnya di group Facebook berkenaan:
Berlagak macam orang kaya, ambil saja barangan yang teringin dibelinya tanpa melihat tanda harga
Akibatnya, salah satu barangan yang lelaki itu rupa-rupanya tersalah beli apabila dia cuba memeriksa item tersebut setelah sampai di rumahnya.
Katanya, dia mahukan sarung bantal baru tetapi rupa-rupanya dia telah membeli sarung bantal baby yang bersaiz kecil dan sebesar tapak tangannya.
Hasil tinjauan pada gambar yang dikongsikannya itu ternyata barangan berkenaan sebenarnya sudah pun tertulis Baby Piilow Case dan saiznya berukuran 20cm x 30cm, kemungkinan besar dia tidak menyedarinya dari awal.
Dalam pada itu, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan komen yang berbeza terhadap perbuatan lucu lelaki tersebut
Ada yang menasihatkan lelaki itu supaya jangan gelojoh ketika membeli-belah di kedai berkenaan dan baca terlebih dahulu sebelum membeli.
Malah, ada juga yang menyuruh dirinya membawa pita pengukur pada masa akan datang supaya lebih bersedia jika tidak pasti mengenai ukuran yang dinyatakan.
Ketika artikel ini ditulis posting tersebut sudah pun meraih lebih 2.5K tanda suka dan hampir 800 komen.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Facebook: