seismik

Lelaki Ini Habiskan Masa PKP 2.0 Untuk Make Over 'Bathroom To The Next Level'. Cantik!

Wah berbeza betul dengan bathroom dia sebelum ni.

Cover image via Khairul Redzwan (Facebook)

Umum sedia maklum, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan, rakyat Malaysia perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan oleh kerajaan

Selain perlu memakai pelitup muka dengan betul, cuci tangan, dan jaga penjarakan fizikal. Kita juga dinasihatkan untuk tinggal di rumah jika tidak mempunyai perkara mendesak di luar.

Begitu juga dengan perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Facebook, Khairul Redzwan, dia menghabiskan masanya duduk di rumah ketika PKP 2.0 dilaksanakan dengan make over bilik air atau bathroom.

Menurutnya, dia cuma mengambil masa hujung minggu dan selama 26 hari bagi make over bathroom berkenaan, kerana pada hari biasa dia perlu bekerja jadi ianya mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan.

Berikut di bawah adalah perkongsian penuh di Facebook miliknya:

Dapat inspirasi dan cara nak cat tiles daripada YouTube, perkongsian di Facebook group Tukang Apa Hari Ini serta Kami Suka Deko Deko

Tambahnya lagi, sebab utama dia make over bathroom berkenaan ialah kerana dinding bilik tidur bersebelahan bilik air dah start mengelupas dan seperti berkulat disebabkan ada air dah mula masuk ke dalam dinding. 

"Kalau nak upah orang settlekan agak mahal, jadi saya decide nak buat sendiri je. After research dekat internet ada dua option. 

"Sama ada tukar tiles atau cat, after deeper research mujurlah Nippon Paint ada option untuk cat tiles," katanya kepada SAYS Seismik.

Jelasnya lagi, antara sebab lain adalah kerana pintu bilik air dah reput di bahagian bawah dan pam tandas pun dah mula rosak, jadi dia membuat keputusan untuk membetulkan sendiri semua sekali.

Berikut di bawah antara perkongsian gambar-gambar sebelum dan selepas make over bathroom:

Belanja hampir RM500 untuk make over bathroom berkenaan tidak termasuk hiasan dalaman dan dekorasi tambahan

Menurutnya lagi, perbelanjaan untuk make over itu termasuklah cat undercot, cat warna, hardener, baiki pintu bilik air letak aluminium, tukar tangki, peralatan mengecat dan hiasan dalaman bilik air.

Khairul juga ada berkongsikan kepada SAYS Seismik peralatan dan harga barangan yang dibelinya di bawah:

  • 2.5 Nippon Tile Primer + Hardener : RM180
  • 5L Oval Green Nippon EA4 Finish Epoxy + Hardener : RM140
  • 1L White Nippon EA4 Finish Epoxy + Hardener : RM45
  • Peralatan mengecat (berus, thinner, tape, filler dan lain-lain) : RM50
  • Pam Tangki Air : RM35
  • Betulkan pintu kayu reput (aluminium, cat minyak) : RM50
Kebanyakan barangan yang dibelinya di kedai hardware dan cat berdekatan. Selain itu, untuk hiasan dalaman dan dekorasi pula dia membeli barangan berkenaan di Eco Shop dan Lazada dengan lebih kurang RM100 dibelanjakan.

Terbaiklah bro, masa inilah kita tunjuk dan keluarkan segala skills yang ada! :)

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: