seismik

Lebih 14K Retweets, Lelaki Ini Kongsi 'Makeover' Bilik Tidur Kampung Dengan Konsep Moden

Ambil masa hanya dua minggu sahaja untuk disiapkan.

Cover image via Twitter @Haleem_Shake

Bilik tidur adalah tempat yang paling banyak kita habiskan masa berbanding ruangan lain ketika berada di rumah

Image via GIPHY

Selain itu, tak semestinya anda perlu membuat hiasan dalaman yang serba cantik dalam sebuah bilik tidur.

Apa yang boleh dilakukan sementara mengumpul bajet adalah upgrade suasana dalam bilik tidur terlebih dahulu. Kini, terdapat pelbagai aksesori bilik tidur menarik yang tidak begitu mahal dan boleh anda manfaatkan.

Seperti yang dilakukan oleh seorang pemuda ini, hanya tempoh dua minggu sahaja diperuntukkan untuk menyiapkan dekorasi bilik tidur idamannya

Lelaki yang dikenali sebagai Abdul Halim itu telah berkongsikan transformasi bilik tidur 'kampung' dengan konsep moden di laman media sosial Twitternya baru-baru ini.

Perkongsiannya itu berjaya meraih lebih 14 ribu retweets dan 33 ribu likes ketika artikel ini ditulis.

Lihat perkongsian penuh di bawah:

Berikut adalah gambar bilik tidurnya sebelum transformasi dilakukan.

Ini pula hasil selepas 'makeover' bilik tidurnya dengan konsep yang lebih moden.

Penggunaan warna biru dan putih menjadikan bilik tidurnya tampak lebih eksklusif dan tenang

Malah, dekorasi yang digunakan menonjolkan elemen moden dalam rumah kampung. Tambahnya lagi, kos keseluruhan dalam mengubahsuai bilik berkenaan juga cuma menelan belanja lebih RM1,000 sahaja jika tidak termasuk katil dan tilam.

Selain itu, dia turut menyenaraikan barangan yang digunakan dalam mengubahsuai bilik tidurnya

Berikut adalah senarai penuh barangan yang dibeli olehnya berserta harga:

1. Wall Preparation

Anggaran Harga:

  • Undercoat: RM50
  • Odourlite for Wood: RM130

Menurutnya, dia memilih kod warna NCS 7070-B10G untuk dinding kayu kerana ia mempunyai dark blue tone dan sedikit hijau. Oleh itu, warna pada dinding kayu itu akan menjadi seperti deep ocean blue.

2. Art Wall Hanging Landscape (RM30.94)

3. 3D LED Digital Wall Alarm Clock (RM23.99)

4. Soft Gaming Mouse Pad Large (RM21.80)

5. Neon Star LED Light (RM20.92)

6. SonicGear Titan 2 Portable (RM27.90)

7. Self Watering Planter Flower Pots (RM2.07 - RM10.20)

8. Decor Wall Decoration Art Storage (RM15.80 - RM23.80)

9. Lightspeed Wireless Gaming Mouse (RM159)

10. LED Strip Light (RM18)

11. Produk Ikea

Jadi, macam mana? Anda pasti dah teruja nak ubahsuai bilik tidur sendiri selepas ini.

Semoga perkongsian ini jadi inspirasi buat anda semua!

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca juga artikel berkaitan lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: