seismik

Hanya Beli Barangan Di Shopee, Wanita Ini Susun Atur 'Stesen Buat Air' Jadi Lebih Kemas

Semoga bermanfaat untuk dijadikan rujukan.

Cover image via Hani Mynis / Facebook

Bila sudah ada anak kecil, adakalanya kita tidak sempat memberi lebih tumpuan pada dekorasi rumah terutamanya peralatan di dapur

Image via GIPHY

Namun begitu, ia bukan alasan untuk mengabai dan membiarkan keadaan dapur kita jadi berselerak.

Bila punya anak kecil, ibu-ibu sepatutnya lebih peka pada setiap susun atur rumah terutamanya di dapur demi keselamatan anak-anak.

Menerusi laman Facebook baru-baru ini, seorang wanita ada kongsikan beberapa penyusun atur yang dibelinya di Shopee untuk kegunaan peralatan di dapur

Wanita yang dikenali sebagai Hani Mynis itu telah memuat naik beberapa gambar penyusun atur tersebut di dalam laman sosial berkenaan.

Malah, dia turut memberi cadangan beberapa cara bagi menjadikan stesen membuat air lebih kemas.

Jom ikuti perkongsiannya di bawah:

Katanya, salah satu cara nak pastikan dapur sentiasa kemas ialah mencipta satu stesen membuat air supaya semua aktiviti membuat air berlaku di satu tempat sahaja.

Ianya dapat mengelakkan kita membuat 'sepah' di tempat lain di bahagian dapur. Dengan cara ini juga proses mengemas menjadi lebih mudah.

Selain itu, proses nak buat air itu sendiri jadi lebih cepat kerana semua bahan berada di satu tempat sahaja.

Untuk mencipta satu stesen membuat air tidak semestinya memerlukan set up yang mahal atau canggih

Kadang-kadang hanya dengan penggunaan bakul atau dulang sahaja mampu merumahkan perkakas membuat air sekali gus menjadikan ruang lebih kemas.

Berikut adalah beberapa gambar penyusun atur atau bekas penstoran yang boleh didapati di Shopee sebagai rujukan:

1. Capsule/pod holder or organiser

2. Tea bag organiser

3. Sugar/coffee/tea canister

4. Mug/glass/cup holder or organiser

Jadi, macam mana? Mesti korang rambang mata nak pilihkan?

Apa pun, ini hanyalah cadangan mana yang boleh di guna pakai di rumah silakan guna ya. Semoga bermanfaat :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi perkongsian menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: