seismik

MR DIY Kini Buka Kedai Lebih Murah, Semua Barangan Yang Dijual Hanya RM2 & RM5. Good Deal!

Kedai ini juga mempunyai pelbagai barangan termasuk makanan ringan, peralatan mandian dan perkakasan rumah.

Cover image via MR DOLLAR / Facebook

Umum sedia maklum, MR DIY merupakan salah satu peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia dan menjadi pilihan ramai pengguna untuk membeli barangan di kedai ini

Terbaru, MR DIY mengumumkan kedai terbaru mereka iaitu MR DOLLAR yang terletak di Jalan Mahkota, Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Menurut laporan, MR DOLLAR merupakan anak syarikat kumpulan MR DIY. Kedai ini telah pun dibuka kedai kepada orang ramai sejak 7 Ogos yang lalu.

Menariknya, semua barangan yang dijual di dalam kedai ini hanya berharga RM2 dan RM5 bagi setiap satu unit

Antara barangan yang dijual di MR DOLLAR ini termasuklah pelbagai makanan ringan, peralatan mandian dan perkakasan rumah.

Selain itu, di halaman Facebook mereka juga telah mengusik netizen dengan memuat naik beberapa gambar rak yang penuh stok barangan untuk dijual.

Percayalah, sama ada bahan memasak, minuman dalam tin atau juga lampu semuanya hanya berharga RM2 atau RM5.

Dalam pada itu, terdapat hadiah menarik disediakan kepada yang bertuah termasuk produk dan pelitup muka percuma kepada pelanggan terawal!

Bagi yang ingin mengunjungi cawangan pertama MR DOLLAR ini, anda boleh datang ke Jalan Mahkota, Taman Maluri, Kuala Lumpur (bersebelahan Affin Bank Taman Maluri) dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.

Difahamkan, beberapa cawangan MR DOLLAR lagi akan turut dibuka dalam masa terdekat. Untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk di sini.

Mesti semua orang dah excited nak pergi kan? Jom shopping, tunggu apa lagi!

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel menarik yang lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: