Main 'Biji Polisterin' Sampai Habis Bersepah Rumah, Gelagat Oyen Ini Curi Tumpuan Netizen
"Sebenarnya oyen tu yang mastermind benda ni" - Netizen.
Kucing adalah haiwan peliharaan yang terkenal dengan sifat comel, tetapi tidak kurang juga dengan telatah nakalnya yang menghiburkan hati
Bagi sesiapa yang bela kucing, pasti sudah masak dengan telatah kucing masing-masing yang selalu menimbulkan masalah seperti kerap hilang, bunting dan suka sepahkan barangan di rumah.
Tapi lain pula dengan video perkongsian yang tular di Twitter baru-baru ini, apabila seekor kucing oren dilihat sedang 'sepahkan' rumah bersama dua orang kanak-kanak.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Jelas kedengaran, seorang ibu meleteri anak perempuannya yang menyepahkan biji polisterin selepas baru sahaja rumah dibersihkan
Mana tidaknya, bapanya mengambil masa yang lama untuk membersihkannya menggunakan vakum sebelum itu tetapi kanak-kanak berkenaan melakukannya perkara tersebut sekali lagi.
Begitupun, bukan sahaja gelagat kanak-kanak itu bersama adiknya yang seronok bermain, malah mereka juga mengajak kucing oren mereka untuk bermain sekali dengan menimbus kucing itu di dalam polisterin.
Gelagat Oyen bernama Noah itu juga kelihatan seronok bermain dengan menyembunyikan dirinya di bawah timbunan biji polisterin tersebut sehingga membuatkan ramai netizen terhibur.
Telatah Oyen itu ternyata dapat membuat sesiapa hilang rasa marah sementara dia dilihat sampai tertidur dalam biji polisterin berkenaan
Susulan tularnya video itu yang kini mendapat lebih setengah juta tontonan, 24.5K retweets dan 30.2K tanda suka di Twitter, ianya telah mengundang pelbagai komen netizen yang rata-rata terhibur dengan kecomelan Si Oyen.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen: