Inisiatif Wanita Ini Sediakan 'Free Snacks' Untuk Geng Rider Dipuji Netizen & Jadi Ikutan
Semoga urusan abang dan kakak delivery kita dipermudahkan.
Umum sedia maklum, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan baru-baru ini, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk sentiasa berada di rumah dan hanya keluar jika mempunyai keperluan
Oleh itu, sudah pasti rata-ratanya akan memlilh platform online untuk membeli barangan keperluan harian termasuklah seperti memesan makanan melalui perkhidmatan food delivery.
Begitupun, baru-baru ini tular di media sosial Twiitter yang dimuat naik oleh seorang pengguna @_tashbunny, dia dilihat menyediakan makanan ringan dan minuman buat 'geng rider' yang menghantar barangan serta makanan di hadapan kediaman rumahnya.
Berikut di bawah adalah ciapan penuh oleh wanita itu di Twitter:
Dapat idea untuk melakukan perkara murni itu melalui Twitter, di mana ianya turut dilakukan oleh penduduk di Amerika Syarikat (AS)
Menurut laporan, selain mendapat inspirasi daripada masyarakat luar negara, dia juga sedikit tersentuh apabila terserempak dengan penghantar barang yang membawa anak ketika bertugas baru-baru ini.
"Saya dapat idea daripada Twitter, orang dari AS letak snek di luar rumah untuk golongan rider. Saya sebenarnya jarang membuat pembelian online.
"Tapi sekarang makin kerap sebab kes Covid-19 meningkat, ditambah dengan PKP di negara kita," katanya.
Tambahnya lagi, dia juga berharap agar perjalanan semua rider dan penghantar barang dalam tugasan mereka dilindungi dan sentiasa selamat.
"Tq dik.. jarang orang Malaysia hargai.. Tq for your appreciate" - Netizen
Susulan tularnya ciapan tersebut yang kini mendapat 2.5K retweets dan 5.4K likes di Twitter, rata-rata netizen menghargai usaha murni yang ditunjukkan oleh wanita itu dan ada juga yang berseloroh mahukan alamatnya untuk cuba dapatkan snek percuma berkenaan.
Malah ada netizen juga yang mendakwa telah melakukan perkara yang sama seperti wanita itu dan berharap orang lain boleh mengikutinya pada masa akan datang.
Berikut di bawah antara ciapan balas daripada netizen di Twitter: