seismik

[VIDEO] Tak Kisah Tolong Ayah 'Angkat Sawit' Di Kebun, Kudrat Gadis Ini Buat Netizen Kagum

Terbaiklah sis. Respect!

Cover image via @cheal20 (TikTok)

Percaya atau tidak golongan wanita juga mampu bekerja di sektor perladangan yang biasanya didominasi oleh kaum lelaki

Hal ini kerana tularnya sebuah video TikTok oleh seorang gadis yang bernama Rachel yang tidak kekok dan selamba memindahkan buah sawit ke atas kereta pacuan 4 roda.

Menerusi video berkenaan, dia memberitahu bahawa pekerja di kebun sawit ayahnya cuti dan balik ke kampung.

Oleh itu, dia sendiri rela untuk turun sama-sama membantu ayahnya bagi mengutip hasil sawit yang ada.

Tonton video penuh tersebut di bawah:

@cheal20

Dad’s Palm oil plantation Pekerja dady balik kampung. So kami ganti buat krja dorg sementara ##kampung ##fyp

original sound - LAL

Ramai yang memuji gadis itu kerana sanggup membuat kerja-kerja berat seperti mengangkat buah sawit berkenaan

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih lebih 136K tontonan dan 15K tanda suka oleh pengguna media sosial TikTok sejak ia dimuat naik.

Malah tinjauan di ruangan komen video itu pula, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kudrat yang dimiliki oleh gadis berkenaan.

Bahkan ada yang memberi komen, mereka mungkin tidak akan mampu membuat kerja itu selain berseloroh mahu mengahwini Rachel meskipun hantarannya mahal.

Berikut di bawah antara komen menarik yang ditinggalkan netizen untuk Rachel:

Kuat betul ya sis, kaum lelaki rasanya belum tentu dapat buat dan angkat sawit macam tu :)

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: