seismik

Saintis Ini Jumpa Planet 'Neraka' Yang Dipenuhi Lahar Menggelegak & Panas Berapi

'Neraka' itu ditemui jauh di langit dalam bentuk sebuah planet.

Cover image via Indian Express & Earth.com

Apabila disebut tentang neraka, perkara pertama yang akan terlintas pada di minda kita adalah kawasan yang marak dengan api

Tetapi, tahukah anda? Beberapa ratus tahun cahaya dari sini, saintis menemui sebuah planet yang dibentuk daripada lahar cair, anginnya bertiup pada kelajuan supersonik dan hujannya batu.

Menurut laporan, planet ini diberi nama K2-141b dan ianya adalah penemuan angkasa paling ekstrem setakat ini.

Menerusi satu kajian yang diterbitkan dalam Monthly Notices of the Royal Astronomical Society, saintis dari Universiti McGill, Universiti York dan Institut Pendidikan Sains India mendedahkan butiran tentang planet ini mengorbit mataharinya pada jarak yang amat dekat, menjelaskan keadaan ekstrimnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Rancak TV

Atmosfera dan kitaran cuaca planet K2-141b itu sangat aneh dan saiznya lebih kurang seperti Bumi

Walau bagaimanapun, ia mempunyai permukaan, lautan dan atmosfera yang diperbuat daripada bahan yang sama iaitu batu.

Ketika sedang menganalisis corak pencahayaan planet tersebut, saintis menemukan yang kira-kira 2/3 daripada planet ini kekal berada pada waktu siang.

Kerana ia terlalu dekat dengan mataharinya, tarikan graviti antara kedua-dua jisim menyebabkan ia terkunci pada kedudukannya - maknanya bahagian yang sama sentiasa menghadap matahari.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Rancak TV

Suhu permukaan seluruhnya adalah lautan lahar melebihi 5,400 darjah Fahrenheit bersamaan 2982.222 darjah Celsius

Bukan sahaja begitu panas untuk mencairkan batu, tetapi juga menjadikannya dalam bentuk wap. Kalau di Bumi, bahan teras kita adalah air. Air tersejat jadi wap, membeku jadi ais.

Di sini, segala-galanya batu. Memang tak boleh nak bayangkan batu tersejat macam ais di bawah matahari. Jadi bermakna udaranya adalah wap batu.

Sementara bahagian yang sebelah sana adalah kawasan yang gelap segelap gelapnya, dan suhunya mencecah kebekuan tak masuk akal -328 Fahrenheit bersamaan -200 darjah Celsius.

Sodium, silikon monoksida dan silikon dioksida pada K2-141b tersejat menjadi wap mineral, yang dibawa ke bahagian gelap planet ini oleh angin supersonik yang bertiup pada kelajuan melebihi 3,100 batu sejam.

Sampai ke bahagian sejuk, ia menjadi hujan yang turun semula ke lautan lahar sedalam 60 batu yang mengalir semula ke bahagian terangnya. Begitulah kitarannya.

Bumi pun juga begitu dahulunya, bermula sebagai sebuah planet lebur kemudian menyejuk dan memejal

Gambar sekadar hiasan.

Image via Discovery

Begitupun menurut saintis, kitaran ini tidak sestabil seperti di Bumi. Aliran lautan magma dari bahagian gelap ke bahagian terang adalah perlahan, jadi mereka menjangkakan komposisi mineral itu akan berubah, sekaligus menukar permukaan dan atmosfera planet itu secara seluruhnya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: