Wujudkan Seragam Berhijab Untuk Anggota Wanita Muslim, Usaha Polis New Zealand Ini Dipuji
Semoga istiqamah. Respect!
Bagi mendorong lebih ramai wanita Muslim menyertai pasukan polis New Zealand, buat pertama kalinya pemakaian hijab diperkenalkan
Menurut sumber, rekaan itu diperagakan oleh seorang anggota polis bernama Zareena Ali. Difahamkan, Zareena jugalah yang merupakan pereka hijab tersebut.
Zareena menyertai pasukan polis sejurus selepas kejadian serangan terhadap dua buah masjid di Christchurch pada tahun lalu dengan niat ingin membantu komuniti Islam.
Jelasnya lagi, pasukan polis amat memerlukan lebih ramai wanita Muslim bagi membantu kejadian seumpama itu yang mensasarkan orang Islam.
“Kebanyakkan wanita Muslim begitu takut untuk bercakap dengan polis dan mungkin hanya akan berdiam diri di depan pintu rumah jika ada seorang lelaki yang bercakap dengan mereka.
“Jadi, lebih ramai wanita Muslim diperlukan dalam pelbagai pasukan barisan hadapan dalam usaha mengurangkan jenayah,” katanya.
Bangga menjadi anggota polis wanita pertama memakai tudung
Menurut Zareena, dia berasa bangga kerana dapat menunjukkan bahawa pasukan Polis New Zealand kini mempunyai pakaian seragam berhijab.
“Saya rasa selepas melihatnya, lebih ramai wanita-wanita Muslim turut mahu sertai pasukan polis,” katanya.
Tambah Zeena, pihak polis New Zeland berusaha untuk memastikan hijab yang dipakai memenuhi syarat kesihatan dan keselamatan serta keperluan peribadi para petugas wanita Muslim.
Pada tahun 2008, polis membenarkan pemakaian serban ke dalam seragam itu dan Konstable Nelson Jagmohan Malhi menjadi pegawai pertama yang memakainya ketika bertugas.