seismik

Pencarum KWSP Yang Terjejas Kini Boleh Keluarkan Simpanan Akaun 1 Sehingga RM60,000

Pendahuluan maksimum pertama antara RM4,000 hingga RM10,000.

Cover image via Malay Mail & Reuters

Berita baik buat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas, kerajaan kini membenarkan pengeluaran simpanan Akaun 1 sehingga RM60,000

Menurut sumber, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias berkata, ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 di bawah RM90,000 boleh memohon pendahuluan sebanyak RM9,000 dengan amaun pendahuluan sebanyak RM4,000.

Sementara itu, ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM90,000 akan berpeluang mengeluarkan 10% daripada jumlah simpanan dengan jumlah maksimum RM60,000.

Menerusi iniasiatif yang dinamakan sebagai i-SINAR, dilaporkan seramai dua juta ahli akan menerima manfaat ini dengan anggaran jumlah bernilai RM14 bilion.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bernama

Begitupun, jumlah yang diberikan itu perlu dibayar semula apabila ahli sudah mendapat pekerjaan dan mula kembali mencarum

Difahamkan KWSP akan mengkreditkan jumlah yang dipohon pencarum yang terkesan secara berkala selama enam bulan sementara menantikan pemohon mendapatkan pekerjaan baru

Selain itu, KWSP menjelaskan permohonan i-Sinar akan dinilai berdasarkan kriteria tertentu selain maklumat yang diperoleh daripada PERKESO melalui pendaftaran Sistem Insurans Pekerja (EIS).

Berikut di bawah adalah kenyataan penuh daripada KWSP:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: