seismik

SOP Di Stesen Minyak, Ini Perkara Yang Anda Kena Tahu & Tidak Perlu Buat. Penting!

Pendaftaran boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual.

Cover image via Harian Metro & Mstar

Umum sedia maklum, sejak negara dilanda wabak Covid-19, kerajaan telah memperkenalkan aplikasi MySejahtera iaitu satu sistem yang mengesan kehadiran seseorang ke sesuatu tempat

Image via Harian Metro

Begitupun, tular sebelum ini isu mengenai pihak polis akan mengeluarkan saman sebanyak RM1,000 kepada individu yang gagal mengimbas MySejahtera sewaktu mengisi minyak di stesen minyak.

Walau bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjawab kekeliruan rakyat terhadap perkara itu baru-baru ini.

Berikut di bawah adalah senarai situasi yang perlu atau tidak perlu bagi anda membuat pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera atau pun secara manual.

Ini situasi yang PERLU untuk daftar MySejahtera atau secara manual:

Gambar sekadar hiasan.

Image via Remaja
1. Memasuki kedai di stesen minyak seperti:
  • Pembayaran di kaunter
  • Pembelian barangan
  • Penggunaan ATM
2. Penggunaan surau atau tandas
3. Memasuki bengkel kereta atau motosikal di stesen minyak
4. Cuci kenderaan secara manual

Ini pula situasi yang TIDAK PERLU untuk anda daftar MySejahtera atau secara manual:

Gambar sekadar hiasan.

Image via I Love Borneo
1. Pembayaran secara atas talian atau di aplikasi mudah alih telefon pintar
2. Pembayaran melalui tingkap atau 'pigeon hole'
3. Ketika mengisi angin tayar kereta atau motosikal anda
4. Cuci kenderaan secara automatik (kecuali pembayaran perlu dibuat dalam kedai)

Untuk maklumat lanjut berhubung SOP di stesen minyak ini anda boleh layari laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: