seismik

Pasangan Jarak Jauh Kini Dibenarkan Rentas Negeri Untuk Berjumpa Ketika Tempoh PKPB

Dengan syarat perlu mendapat kebenaran dan kelulusan PDRM.

Cover image via Maskulin & Berita Harian

Pasangan jarak jauh kini diberi kebenaran untuk bersama pasangan masing-masing ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Walau bagaimanapun, dengan syarat perlu mendapat kebenaran dan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu.

Menurut sumber, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini berikutan terdapat pergerakan merentas negeri dan kebenaran perlu diperoleh kerana ia adalah prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

"Bagi kes pasangan yang tidak mendapat kebenaran itu, mungkin atas sebab yang kurang meyakinkan kerana semuanya tertakluk kepada kelulusan PDRM," katanya.

Sementara itu, individu atau pasangan masing-masing boleh memuat turun surat kebenaran rentas negeri atau borang permit PKPB dan mencetaknya melalui pautan berikut:

ATAU

Anda juga boleh memuat turun surat kebenaran rentas negeri dan borang permit PKPB menerusi imej di bawah ini:

Borang Permit Rentas Negeri ini juga boleh diperolehi di balai-balai polis berdekatan dan perlu dihantar semula ke kaunter pertanyaan dalam SATU SALINAN SAHAJA.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: