seismik

"Aplikasi Muslim Pro Jual Data Pengguna?" - Ini Alternatif Lain Yang Anda Boleh Install

Aplikasi seperti Muslim Mingle, CPlus for Craigslist Accupedo dan Global Storms juga didakwa berjaya dibeli tentera AS.

Cover image via Blackboard & Google

Muslim Pro, aplikasi popular waktu solat dan doa harian Muslim dengan lebih 98 juta pengguna dilaporkan menjual data lokasi penggunanya kepada tentera Amerika Syarikat (AS)

Menurut sumber, tentera AS membeli data pergerakan pengguna seluruh dunia daripada aplikasi yang dilihat tidak berbahaya.

Selain aplikasi Muslim Pro, aplikasi Muslim Mingle, CPlus for Craigslist Accupedo dan Global Storms juga berjaya dibeli tentera AS.

Pembelian data oleh tentera AS dari pelbagai aplikasi itu difahamkan bagi tujuan menentang keganasan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via New Straits Times

Ia dilihat amat membimbangkan kerana pembelian data itu kebanyakannya menjejak data lokasi pengguna masyarakat Muslim

Jurucakap Komando Operasi Khas A.S, Navy Cmdr Tim Hawkin mengesahkan data itu dibeli bagi membantu keperluan operasi khas pihak tentera di luar negara.

Katanya, prosedur serta polisi menjaga privasi, hak asasi dan undang-undang rakyat Amerika Syarikat akan dihormati selepas data dibeli.

Walau bagaimanapun, sehingga kini pihak Muslim Pro, Locate X dan X Mode masih belum mengeluarkan sebarang komen mengenai penjualan data pengguna kepada pihak tentera.

Muslim Pro mempunyai pemilik bersama syarikat di Malaysia iaitu Bintang Capital Partners (BCP) di bawah Affin Hwang Asset Management Bhd. Mereka mempunyai anak syarikat Muslim Pro Technologies Sdn Bhd.

Berikut di bawah adalah alternatif lain bagi aplikasi waktu solat, kiblat dan doa harian jika selepas ini anda mahu uninstall Muslim Pro:

1. Waktu Solat Malaysia (disediakan oleh Media Prima Digital)

Disediakan oleh Media Prima Digital.

Image via Waktu Solat Malaysia

2. mySolat (disediakan oleh JAKIM)

Disediakan oleh JAKIM.

Image via mySolat

3. Iman App (Disediakan oleh Adiman)

Disediakan oleh Adiman.

Image via Iman App

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: