seismik

Tertekan Kerana Terlalu Besar, Wanita Ini Mohon 'Sumbangan' Orang Ramai Kecilkan Payudara

Amber kini memiliki payudara dengan saiz 34J.

Cover image via Kelvin Media

Siapa je tak tertekan kalau selalu sangat 'diperhatikan' ramai orang? Lebih-lebih lagi apa yang menjadi perhatian itu tubuh badan sendiri.

Image via Kelvin Media

Hal ini terjadi kepada seorang penuntut dari Watford, London, yang ingin memohon bantuan orang ramai menyalurkan sumbangan melalui laman sesawang, GoFundMe, untuk membantunya membiayai pembedahan mengecilkan payudara.

Menurut laporan, Amber Roach, 20, berharap dapat meraih bantuan RM26,578.80 (£5,000) untuk menjalankan pembedahan itu kerana ketika ini dia sukar untuk bangkit dari katil selepas bangun tidur berikutan payudaranya yang terlalu besar.

Malah, dia juga mendakwa payudaranya terlalu berat sehingga menyukarkannya melakukan banyak perkara asas seperti bersukan, malah dia sukar untuk berselisih dengan orang ramai di pub.

Tambahnya lagi, dia juga mengakui dirinya selalu diperhatikan oleh orang ramai terutamanya golongan lelaki.

Tidak dapat masuk ke kedai atau butik kerana payudaranya terlalu besar sering terlanggar barangan di rak

Click to Reveal
Hide
Image from Daily Mail
Image via Daily Mail

"Ia merosakkan hidup saya. Saya tidak dapat melepasi orang apabila berselisih di pub atau kelab malam, sekiranya saya berdiri atau berpusing, saya boleh menyebabkan gelas (dipegang pengunjung) jatuh.

"Saya juga tidak dapat masuk ke kedai atau butik yang kecil kerana saya akan menjatuhkan banyak barang di rak," katanya.

Amber berkata, dia sudah tiga tahun tidak bermain bola jaring dan berlari sedangkan sebelum itu dia pernah bermain bola sepak, ragbi, trampolin dan pelbagai sukan lain.

Amber kini memiliki payudara dengan saiz 34J dan berharap untuk menjadi normal seperti orang lain

Image via Kelvin Media

"Saya kini memiliki payudara dengan saiz 34J dan berharap dapat menjalani pembedahan untuk mengecilkan payudara sekarang kepada saiz D.

"Semoga dengan pembedahan mengecilkan payudara ini dapat mengubah hidup saya nanti untuk menjadi normal seperti orang lain.," ujarnya.

Jelas Amber lagi, dia mahu melakukan pembedahan itu sejak berusia 16 tahun namun dinasihatkan doktor untuk melakukannya selepas dia berusia 18 tahun.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: