Suspek Menetap Secara Haram Sejak 2020, Anggota Polis Ditetak Selamat Jalani Pembedahan

Difahamkan, pergelangan tangan anggota polis yang putus itu telah berjaya disambung semula.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lelaki warga asing berusia 32 tahun yang menetak tangan anggota polis hingga putus pernah memegang pas pelajar dari 2015 hingga 2018

Kejadian ini telah berlaku di Desa Aman Puri Gombak telah mengejutkan rakyat Malaysia dengan kes tetakan yang berlaku dua hari lepas.

Dilaporkan oleh Kosmo, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban mengatakan semakan mendapati pasport lelaki terbabit telah tamat tempoh sejak tahun 2020.

"Sejak itu, lelaki terbabit berada di negara ini secara tidak sah," katanya.

Sebelum ini, seorang anggota polis berpangkat lans koperal parah selepas pergelangan tangan kanan putus akibat ditetak oleh seorang lelaki warga asing yang menggunakan parang.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Kejadian berlaku apabila polis menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan seorang lelaki berada di dalam keadaan tidak stabil dan sedang mengamuk.

Anggota polis, bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Kementerian Kesihatan, turut bergegas ke lokasi.

Tetapi pada pukul 7 malam, suspek secara tiba-tiba meluru keluar dari rumah dan membawa dua bilah parang lalu menyerang anggota keselamatan termasuk menetak seorang anggota polis yang berada di hadapan pintu.

Suspek kemudian mati ditembak selepas sekali lagi menyerang pihak polis.

Pergelangan tangan anggota polis putus telah berjaya disambung semula

Lans Koperal Thierry Rodger Fendy, 26, anggota polis yang tangannya terputus itu telah berjaya disambung semula melalui pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mengambil masa 8 jam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, mengesahkan anggota itu sudah sedar dan ibu jarinya mula menunjukkan sedikit pergerakan.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

"Mangsa pada awalnya dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke HKL bagi menjalani pembedahan menyambung semula pergelangan tangan kanannya.

"Dalam lawatan tersebut, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Tan Sri Mohd Khalid turut menzahirkan keprihatinan terhadap keadaan anggota berkenaan serta memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral kepada beliau dan keluarga,"
katanya.

Public Health Malaysia mengatakan di Facebook prosedur menyambung semula tangan terputus bukanlah pembedahan biasa.

SAYS.com
Image via Public Health Malaysia (Facebook)

"Dalam perubatan, prosedur ini dikenali sebagai replantasi atau replantation surgery.

"Pakar bedah bukan sekadar menyambung tulang dan menjahit kulit. Mereka perlu membaiki salur darah yang sangat halus, saraf, tendon dan struktur lain menggunakan teknik mikrosurgeri.

"Bekalan darah perlu dipulihkan secepat mungkin kerana tisu yang terlalu lama tidak menerima oksigen berisiko mengalami kerosakan kekal,"
katanya.

Walaupun berjaya disambung, pesakit perlu melalui pemantauan rapi dan proses rehabilitasi yang panjang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS