Siap Jelir Lidah, Pasangan Suami Isteri Dikecam Beri Gambar Tak Senonoh Waktu Daftar Nikah
Dikongsikan di laman Twitter, pasangan suami isteri itu dikatakan mahu tampil berbeza di samping mengakui diri mereka memang berperangai 'gila-gila'.
Comel sebenarnya lihat pasangan suami isteri yang 'masuk air' ini. Namun tidak semua tempat boleh keluarkan perangai 'gila-gila' itu.
Baru-baru ini viral di laman sosial Twitter gambar sepasangan pengantin dipercayai ingin mendaftar perkahwinan mereka di pejabat agama namun yang menarik perhatian adalah gambar pasport yang disertakan bersama berbentuk 'free style', bukan formal.
Dikongsikan oleh akaun parodi Twitter, @501Awatni, pasangan suami isteri itu dikatakan mahu tampil berbeza di samping mengakui diri mereka memang berperangai 'gila-gila'.
Menerusi tinjauan di laman Twitter, difahamkan juga bahawa kejadian ini berlaku di negara jiran.
Ekoran tularnya tweet berkenaan, ternyata ramai warganet yang merasakan perkara ini tidak sepatutnya berlaku
Rata-rata yang berpendapat dan beranggapan bahawa pasangan tersebut seolah-olah tidak mengambil institusi perkahwinan sebagai satu perkara yang serius.
Tidak menolak perangai 'masuk air' namun masing-masing merasakan ianya perlulah kena dengan tempat dan keadaan yang bersesuaian.