Demi Sekeping Gambar, Jurugambar Hampir Jatuh Atas Geng Pengantin. Nasib Baik Gambar Lawa!
Don't try this at home. Jangan cuba ini di rumah.
Majlis perkahwinan adalah antara acara yang penting dalam hidup seseorang, baik lelaki mahupun perempuan
Oleh yang demikian, adalah penting agar acara ini dirakam untuk dijadikan kenangan sepanjang hayat. Maka, seorang jurugambar memainkan peranan penting bagi mengabadikan momen terindah ini.
Sebagai jurugambar pula, dia haruslah berfikiran kreatif dan out of the box demi menghasilkan gambar yang terbaik. Dia juga perlu sentiasa bersiap sedia dalam apa jua situasi yang tidak dijangka akan datang.
Baru-baru ini viral video seorang jurugambar hampir jatuh terhempap ke atas geng pengantin wanita dalam sebuah acara malam berinai, yang ternyata telah menghiburkan ramai orang
Menerusi rakaman singkat berdurasi hanya 2 saat yang dikongsikan @kylasaifullizam di laman Twitter, dapat dilihat seorang jurugambar begitu gigih berdiri di atas sebuah kerusi gara-gara ingin menangkap gambar pengantin wanita tersebut bersama bridesmaids-nya.
Namun tanpa disangka, kerusi itu mula goyang dan jurugambar yang berkain pelikat itu tidak dapat mengimbangkan dirinya terpaksa melompat sejauh mungkin demi mengelak daripada menindih kumpulan wanita berkenaan, sambil memegang erat kamera mahalnya itu.
Meskipun insiden itu melucukan, namun yang paling penting hasil gambar tersebut ternyata cantik dan sempurna.
Meninjau ke ruangan reply tweet tersebut, rata-rata warganet terhibur melihat video singkat ini.
Bahkan ada yang mengulang tayang melihatnya banyak kali!
Yang menarik perhatian warganet adalah gelagat jurugambar itu ditambah pula dengan reaksi wanita-wanita berkenaan. Sampai siap ada lagi warganet yang rajin screenshot rakaman itu hanya untuk melihat gambaran reaksi mereka dengan lebih jelas.