seismik

Baru Nak Akad Nikah Tiba-Tiba Lampu 'Black Out', Tapi Hasil Jurugambar Ini Tetap Power!

Seram pun ada tengok gambar-gambar ini.

Cover image via Facebook Raja Amer

Majlis pernikahan adalah antara acara yang penting dalam hidup seseorang, baik lelaki mahupun perempuan

Oleh yang demikian, adalah penting agar acara ini dirakam untuk dijadikan kenangan sepanjang hayat. Maka, seorang jurugambar memainkan peranan penting bagi mengabdikan momen terindah ini.

Mereka yang bekerja sebagai jurugambar perlu sentiasa bersedia dalam apa jua situasi yang tidak dijangka akan datang. Mereka perlu cepat dalam mempunyai backup plan untuk mengatasi apa sahaja rintangan.

Tapi apa yang berlaku kepada seorang jurugambar ini benar-benar mengejutkan!

Sedang dia siap sedia untuk menangkap gambar upacara akad nikah kedua mempelai, secara tiba-tiba masjid tersebut black out.

Walau bagaimanapun, upacara akad nikah yang dipercayai dilakukan di Masjid Kuala Paku, Gual, Ipoh, itu tetap diteruskan dan adalah menjadi tugas jurugambar untuk memastikan saat-saat indah itu berjaya dirakam.

Mujur, gambar-gambar yang dirakam jurugambar, Raja Amer, itu menjadi dan hasilnya bukan sekadar rare bahkan memang menakjubkan!

Berikut adalah antara gambar-gambar yang dikongsikan Raja Amer dalam laman Facebook miliknya:

Semalam sebelum akad nikah tiba-tiba blackout, makanya abang tak nak kill feeling blackout masa akad nikah itu supaya esok-esok akan jadi kenangan untuk pengantin, jadi abang push ISO gila-gila, minta maaf banyak-banyak kalau noise teruk sebab abang pakai crop body je.
Raja Amer

Ramai yang memuji hasil gambar-gambar upacara akad nikah itu!

Cantik!

Tapi jangan lepas ini jadi trend sudah, akad nikah dalam gelap.

Image via Pinterest

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Apa nak buat kalau terlepas tangkap gambar group photo?

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: