seismik

Gambar Kahwin Pasangan Suami Isteri 'Meluncur' Ini Viral Habis, Sampai Masuk BuzzFeed!

Isteri macam lagi power je. Hehe...

Cover image via SAYS

Makin lama makin macam-macam ragam gambar perkahwinan yang boleh kita lihat di media sosial. Generasi kini lebih gemar melakukan sesuatu yang berbeza untuk diingati sampai bila-bila

Contohnya baru-baru ini, beberapa keping foto perkahwinan pasangan pengantin menjadi viral di media sosial kerana mereka menggunakan konsep "bermain papan luncur" sambil mengenakan Baju Melayu lengkap dan Baju Kurung Moden yang simple dan cantik.

Jom tengok gambar mereka di bawah memang style!

Foto-foto tersebut telah dikongsi oleh anak saudara kepada pengantin perempuan iaitu @QhadijyahAzle menerusi akaun Twitter miliknya yang sehingga kini mendapat lebih 41 ribu retweet

Pengantin perempuan tersebut, Vina Marwan juga turut berkongsi gambar perkahwinannya itu di laman Twitter dengan caption "Pretty much sum up our love story..
#Izzyvina #justmarried #weddingskate #whynot."

Dan yang paling tak disangka, gambar mereka ini mendapat perhatian BuzzFeed dari USA dan telah dipaparkan di dalam akaun Instagram buzzfeednews semalam

Menerusi temubual SAYS bersama Vina Marwan, beliau memberitahu gambar tersebut sebenarnya telah diambil pada 29 Julai lalu, selepas majlis persandingan di rumah pengantin lelaki, Ikhzreen Husin.

Menurut Vina, mereka mula berkenalan sejak 5 tahun lalu dalam satu sesi skateboarding beramai-ramai. Mereka mula rapat dan menjadi kawan baik apabila mereka berdua sering menerima sponsor dari brand dan syarikat yang sama dalam sebarang kejohanan yang disertai.

Bila bertanya dari mana datang idea tersebut, beliau memberitahu idea itu datang dari beliau dan suaminya.

"Idea tu datang dari kami berdua untuk dijadikan kenangan saja. Kami pun hanya bermain skateboard seperti biasa, slowly and having fun sebab saya pun hanya pakai kain je waktu tu.

"Tapi saya tak sangka pula gambar itu menjadi viral," katanya.

Kepada Vina & Ikhzreen, kami ucapkan selamat pengantin baru... selamat berbahgia... selamat ke anak cucu...selamat sejahtera...

Eh ternyanyi pulak! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: