seismik

Terlepas Tangkap Gambar Keluarga Waktu Raya, Solusi Pemuda Ini 'Cute' Buat Ramai Berdekah!

Lepas ini tidak perlu risau lagi kalau tertinggal tangkap gambar 'group photo'!

Cover image via Twitter @izqsme

Setiap kali menjelangnya hari Raya, salah satu perkara yang kita akan adakan sudah tentulah OOTD Raya!

OOTD atau maksud asalnya iaitu Outfit of the Day masing-masing menggayakan baju serba baru, dengan pelbagai warna dan rekaan pasti akan membanjiri laman-laman sosial sepanjang musim perayaan ini.

Image via Sari Yanti

Iyalah, hari Raya kan datang setahun sekali, dan sudah tentu semua mahu kelihatan paling cantik, tampan dan menarik pada hari yang indah ini. Bahkan, memang sudah dianjurkan bagi umat Islam untuk berhias diri tatkala tibanya hari Lebaran dan perkara ini sudah diamalkan semenjak zaman Rasulullah SAW lagi.

Pelbagai gaya boleh digayakan dan dilakukan untuk post OOTD Raya, selain daripada gambar persendirian, pastinya semua tidak mahu ketinggalan untuk menangkap gambar bersama ahli keluarga!

Image via Neelofa

Boleh dikatakan, menangkap gambar bersama ahli keluarga juga adalah perkara 'wajib' setiap kali menyambut Aidilfitri.

Tapi malangnya buat seorang pemuda ini, dia tertinggal untuk menangkap gambar bersama ahli keluarganya pada pagi Raya ekoran terbangun lambat.

Namun begitu, jangan cepat khuatir kerana pemuda itu berjaya memikirkan solusi yang memang genius dan power!

Semasa sambutan hari lebaran tempoh hari, viral di laman Twitter insiden seorang lelaki terlepas untuk menangkap gambar wajib hari Raya iaitu bersama ahli keluarganya. Yang menariknya, lelaki itu tetap tidak mahu rasa tertinggal, lalu dia pun tampil memberi penyelesaian kepada masalah ini.

Nak tahu bagaimana? Lihat di bawah!

Image via Twitter @izqsme
Image via Twitter @izqsme
Image via Twitter @izqsme

Gambar-gambar tersebut sebenarnya telah dikongsikan adik lelaki tersebut menjelasnya apalah sebenarnya yang difikirkan oleh abangnya itu, menangkap gambar seorang diri.

Image via Twitter @izqsme

Jeng, jeng, jeng...

Inilah hasilnya!

Image via Twitter @izqsme
Image via Twitter @izqsme
Image via Twitter @izqsme

Oh, rupa-rupanya tangkap gambar seorang diri sebenarnya supaya boleh edit masuk dalam group photo keluarga. Bijak, memang bijak!

Gara-gara tularnya tweet berkenaan, apa lagi, ramai netizen yang terhibur dengan gelagat dan cara penyelesaian lelaki tersebut. Menariknya, ramai juga yang dah pernah try edit diri sendiri masuk dalam group photo!

Berikut antara gambar yang dikongsikan para netizen:

Gigih betul nak kena edit balik gambar

Tapi yang pasti, lepas ini dah tidak perlu risau kalau terlepas sesi group photo

Buat yang malas meng-edit, boleh ikut cara ini!

Image via Twitter @izqsme

Kreatif, masing-masing memang kreatif!

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menghiburkan di SAYS Seismik:

You may be interested in: