Lelaki Ini Offer Lukiskan Potret Warga Twitter, Tapi Hasilnya Semua Kena Troll. Kelakar!

Ramai yang kena troll dan tertipu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Twitter @_insanur

Seorang lelaki telah berjaya troll pengguna-pengguna di laman Twitter.

Ekoran tularnya tweet tersebut, lebih 2 ribu pengguna Twitter yang menyertainya dan meng-retweet dengan harapan akan mendapat lukisan yang secantik dan seindah seperti yang ditunjukkan lelaki itu. Namun, impian hanyalah sekadar impian semata apabila hasilnya bukan seperti yang diharapkan bahkan hanya 'indah khabar dari rupa'.

Walau bagaimanapun, ramai yang terhibur dengan troll itu. Manakan tidak, hasilnya memang kelakar habis!

Semuanya bermula apabila pengguna Twitter @_insanur telah mengeluarkan satu posting yang mana dia men'janji'kan untuk melukis gambar pengguna Twitter berdasarkan gambar profil (twitcon) masing-masing.

Merujuk kepada posting tersebut, ramai yang teruja kerana hasil lukisannya memang cantik dan merasakan lelaki itu benar-benar berbakat. 

Lagipun, siapa taknak gambar mereka dilukis dan bukan selalu dapat peluang sebegini lebih-lebih lagi bila ianya free-of-charge.

Kalau tak percaya, boleh scroll terus ke bawah dan nilailah sendiri.

Ini antara hasil lukisan yang memang tak kering gusilah dibuatnya bila tengok.

Tak sama langsung dengan gambar sebenar!

Ramai yang tertipu. Ingatkan dapat lukisan cantik, rupa-rupanya…

Ini memang definisi sebenar, "Indah khabar dari rupa"

Tapi rajin betul lelaki ini melayan warga Twitter

Dan yang pasti memang 'A' for (A)effort lah! (Ejaan sebenar: Effort)

Cincai-cincai pun, tetap kreatif

Berdekah weh tengok gambar satu-satu!

Aduhai, penat dah gelak

Kalau nak lihat lagi hasil lukisan lelaki ini, boleh singgah ke laman Twitter-nya. Jangan bash ya, ini semua sekadar hiburan sahaja!

Image via Gfycat

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Warga Twitter ni sebenarnya kreatif juga tang melukis:

Lagi cerita lawak di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: