Kelakarnya Tengok Cabaran "Pretending To Fly" Dari China Ini. Memang Tak Kering Gusi Lah!

Kreatif betul orang-orang zaman sekarang ini, kan?

Sepanjang sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, kecoh di laman media satu cabaran bernama "Pretending To Fly" atau "Berpura-pura Terbang"

Cabaran tersebut merupakan satu cabaran yang dipopularkan di negara China. Cabaran itu memaparkan klip lucu yang dirakam lalu disebarkan menerusi aplikasi video pendek popular Douyin, atau lebih dikenali sebagai Tik Tok, serta di laman Instagram.

Image via Wanderlust

Yang menariknya, cabaran Pretending to Fly ini dapat melihat pengguna seolah-olah seperti sedang dalam penerbangan, walhal sebenarnya ia hanyalah ilusi dan mereka hanya berpura-pura terbang 30,000 kaki di udara.

Cabaran ini telah berjaya menonjolkan kreativiti para pengguna yang menggunakan peralatan dalam rumah seperti botol pencuci pakaian dan mangkuk jamban untuk menjadikan video mereka lebih meyakinkan.

Antara kreativiti yang ditonjolkan pengguna dari China ini:

Ada yang troll menggunakan botol pencuci pakaian

Image via Giphy

Nak gunakan apa untuk buat background?

Senang je! Guna risalah atau poster untuk mendapatkan latar belakang yang eksotik dan kelihatan seperti anda sedang terbang tinggi di atas langit! 

Image via Giphy

Image via Giphy

Tidak ketinggalan, ada yang menggunakan kerusi plastik untuk dijadikan tingkap pesawat

Image via Giphy

Yang tak boleh blah, siap guna mangkuk jamban lagi tu!

Image via Giphy

Image via Giphy

Dengan cabaran ini, nak 'travel' dengan haiwan peliharaan pun boleh

Image via Giphy

Lihat video kompilasi di bawah untuk dapat gambaran penuh.

Memang betul-betul menjadilah!

Lepas ini tidak perlulah keluarkan wang yang banyak untuk travel!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment