seismik

Giliran #HajatDance Pula Menular! Ini 3 Lagi Cabaran Media Sosial Yang Jadi Ikutan Ramai

Orang kita memang suka menari eh?

Cover image via Rocketfuel Network / YouTube

Pada 27 Julai yang lalu, penyanyi Hael Husaini telah mengeluarkan muzik video bagi single terbarunya bertajuk Hajat di pelantar digital Youtube

Muzik video tersebut yang mendapat tontonan sebanyak lebih 1 juta telah mengungguli carta trending di saluran YouTube sejak tarikh keluarannya minggu lepas.

Klip video itu turut menampilkan dua pelawak Malaysia iaitu Sherry Alhadad dan Syuhaida Abraz (Dottie). Bukan itu sahaja, klip video itu telah memberi kejutan kepada para penonton dengan penampilan khas bintang Thailand iaitu Happy Polla.

Tonton muzik video lagu Hajat di bawah:

Yang membezakan lagu Hajat berbanding lagu-lagu Hael Husaini sebelum ini ialah aksi tarian yang ditampilkan mula menjadi ikutan para peminat

Menggunakan hashtag #hajatdancechallange, saksikan beberapa percubaan bagi tarian lagu Hajat di bawah:

A post shared by Ash in the Ashes (@ashmime) on

A post shared by . (@nohckin) on

A post shared by FAYAD GOJEZ (@fayad_gojez) on

Selain #hajatdancechallenge, berikut adalah beberapa lagi cabaran media sosial yang menjadi ikutan rakyat Malaysia bagi tahun 2018 setakat ini:

1. #KekeChallenge

'Keke Challenge' merupakan satu cabaran yang memerlukan penarinya melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak, seterusnya menari mengikut alunan lagu In My Feelings nyanyian Drake.

Kegilaan cabaran ini bukan hanya popular di luar negara, malah ramai rakyat Malaysia turut menunjukkan aksi mereka dalam pelbagai gaya.

Cabaran ini bagaimanapun dianggap berbahaya sehingga pihak polis dan JPJ mahu mengambil tindakan kepada sesiapa yang melakukannya.

Di bawah adalah kompilasi beberapa percubaan Keke Challenge:

2. #SyantikDanceChallenge

Cabaran #SyantikDanceChallenge diinspirasikan dari lagu bertajuk Lagi Syantik nyanyian penyanyi dangdut Indonesia, Siti Badriah. Muzik video yang dilancarkan pada 22 Mac lalu itu kini mendapat lebih 284 juta tontonan.

Lagu dangdut itu menjadi popular di Instagram berikutan video parodi tarian dan aplikasi Tik Tok.

Cabaran ini merupakan cabaran yang popular dalam kalangan pelajar sekolah Malaysia, ia menjadi terkenal kerana sering dilakukan semasa upacara rasmi sekolah. 

Di bawah adalah video kompilasi cabaran #SyantikDanceChallenge

3. #PanamaDanceChallenge

#PanamaDanceChallenge sebenarnya sejenis cabaran tarian berdasarkan lagu ‘Panama’ nyanyian penyanyi Romania, Matteo yang diterbitkan pada 2013, tetapi mula popular ke seluruh dunia apabila cabaran ‘Panama Dance’ ini mula tular sejak akhir tahun lepas.

Fenomena #PanamaDanceChallenge telah ‘menjangkiti’ warga Malaysia, yang turut menyaksikan beberapa selebriti terkemuka tanah air seperti Fasha Sandha dan Sari Yanti menari dengan iringan lagu tersebut.

Bukan itu sahaja, cabaran ini turut disahut oleh anggota perkhidmatan awam daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) cawangan Gua Musang dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis yang telah merakamkan aksi mereka menari lagu tersebut dalam uniform masing-masing.

Saksikan video #PanamaDanceChallenge di bawah:

Apa lagi cabaran agaknya yang akan kita lihat di masa depan?

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS:

You may be interested in: