seismik

Sumpah Kelakar Tengok ‘Persaingan’ Di Antara Beruk & Rider Ni. Siap Menganjing Pula Tu!

Anda #teamAsri ke #teamBeruk?

Cover image via Facebook Asri Nawawi

Beberapa hari yang lalu, seorang lelaki bernama Asri Nawawi telah berkongsikan satu video di laman sosial yang ternyata telah membuat ramai geli hati

Manakan tidak, video yang dikongsikan Asri itu adalah berkenaan 'pertelingkahan'nya dengan seekor beruk yang dijumpai semasa dia sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi melalui Gerik-Baling.

Dalam video berdurasi 3 minit yang dirakam oleh Asri itu, dia telah menceritakan keseluruhan kisahnya bergaduh dengan beruk tersebut.

Semuanya bermula ketika Asri sedang menikmati pemandangan indah di laluan Gerik-Baling secara solo.

Apabila tiba di puncak, dia telah berhenti seketika di bahu jalan untuk berehat sebelum diserang haiwan itu.

Tanpa disangka, seekor beruk telah menyerang lalu menggigit kakinya. Dengan bantuan seorang lelaki, Asri berjaya melepaskan diri dan terus beredar dari kawasan itu.

Tetapi, ekoran tertinggal beberapa peralatan kameranya semasa diserang haiwan itu, Asri memilih untuk berpatah balik ke lokasi kejadian. Namun begitu, beruk tersebut masih berada di situ, malah kelihatan seperti sengaja menakut-nakutkannya.

Tekad untuk mendapatkan semula peralatan yang tertinggal itu, Asri kembali ke lokasi kejadian keesokan harinya. Tak disangka-sangka, beruk itu masih berkeliaran di situ!

Setelah beberapa percubaan, lelaki itu berjaya mendapatkan semula peralatan kameranya dan terus untuk beredar. Walau bagaimanapun, dia sempat merakam reaksi beruk itu yang telah 'tewas'.

Yang kelakarnya, beruk itu siap buat muka dan menunjukkan reaksi seolah-olah memerli Asri.

Ramai netizen yang menyatakan rasa geli hati mereka dengan telatah beruk berkenaan:

Boleh lihat video penuh di bawah:

Anda #teamAsri ke #teamBeruk? Penulis macam #teamBeruk je!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menghiburkan di SAYS Seismik:

You may be interested in: