Rindu Punya Pasal, Suami Sengaja Acah-Acah Sesat Untuk Dengar Suara Isteri Dalam Apps Waze
Adoi, romantiknya. Kelakar pun ada.
Kewujudan aplikasi seperti Waze, Google Maps dan peranti GPS membuatkan usaha untuk mencari tempat yang kita tidak pernah pergi sebelum ini menjadi begitu mudah
Kebanyakan orang, lebih-lebih lagi yang jenis susah untuk ingat jalan, sangat bergantung dengan aplikasi ini bagi mengelakkan dari sesat ketika berada di jalan raya.
Biarpun ada kalanya kita berdepan masalah apabila aplikasi ini buat gila dan membawa kita ke tempat lain, tetapi ‘kesilapan’ itu tidak pernah melemahkan semangat kita untuk terus menggunakannya.
Tapi berbeza dengan lelaki ini yang kadang-kadang sengaja buat-buat sesat hanya kerana ingin mendengar suara isterinya melalui aplikasi Waze
Baru-baru viral di laman Twitter apabila seorang pengguna @ojan_hasan telah memuat naik video gelagat kawannya sedang mendengar suara latar dalam aplikasi Waze.
Yang kelakarnya, suara tersebut adalah suara isteri kepada kawannya yang sengaja di-set ke dalam aplikasi tersebut.
Bukan itu sahaja, kadang-kadang kawannya itu dengan sengaja membuka aplikasi Waze dan buat-buat sesat hanya kerana ingin mendengar suara isterinya kerana rasa rindu.
Posting tersebut bukan sahaja menggelikan hati bahkan ramai yang terhibur ekoran loghat utagha pekat wanita terbabit!
Mereka turut merasakan yang ianya sweet lagi romantis, bahkan ingin mengikut idea lelaki tersebut untuk set suara sendiri