seismik

Mengidam Nasi Lemak AirAsia, Netizen Bantu Si Suami Penuhi ‘Nafsu Makan’ Isterinya. Power!

Syarikat penerbangan AirAsia pun turut memberi respon kepada tweet viral lelaki terbabit.

Cover image via Twitter @amsuda

Mengidam semasa mengandung adalah perkara biasa bagi ibu-ibu yang sedang hamil

Image via Orami

Bahkan dikatakan seramai 50% ke 90% wanita mengandung akan mengalami simptom "mengidam" ini. Mengidam makanan yang manis dan masin serta berempah atau yang tinggi kandungan lemak kerap terjadi dalam kalangan wanita mengandung. Namun begitu, kadang-kadang makanan yang diidamkan ini adalah sesuatu yang bukan kebiasaan, malah ada di antaranya sangat ganjil dan sukar didapati.

Walau bagaimanapun, sebagai seorang suami yang penyayang, pasti akan lakukan apa sahaja untuk memuaskan hati isterinya dengan bersungguh-sungguh mendapatkan makanan yang diidamkannya itu.

Baru-baru ini viral di laman Twitter apabila seorang lelaki ingin memenuhi permintaan isterinya yang mengidam menu Nasi Lemak Pak Nasser, menu yang biasanya dihidang di atas pesawat AirAsia

Image via Google

Mohamad Azham, suami kepada Farizah Mohd Mostar, menggunakan medium Twitter untuk mengetahu dimana dia boleh mendapatkan nasi lemak tersebut, bagi memenuhi kempunan isterinya yang sedang mengandung anak ketiga mereka.

Image via Twitter @amsuda
Image via Twitter @amsuda

Bapa kepada dua orang anak itu pun mencuba nasib dengan bertanya kepada syarikat penerbangan AirAsia sama ada makanan tersebut boleh didapati di tempat lain. Tanpa diduga pertanyaan Azham mendapat respon pengendali akaun Twitter rasmi AirAsia dengan jawapan balas yang kelakar sehingga menerima lebih 2,000 retweets.

Image via Twitter @amsuda

Yang mengejutkan lagi, posting Azham itu turut mendapat sambutan dari para netizen yang ingin membantunya mendapatkan makanan tersebut

Ekoran kemuliaan hati rakyat Malaysia ini, Azham akhirnya berjaya memenuhi permintaan isterinya yang mengidam Nasi Lemak Nasser. Siap makan dua bungkus tu!

Image via Twitter @amsuda

Ketika dihubungi MStar, Azham menyatakan rasa kesyukurannya apabila isterinya mendapat nasi lemak yang diidamkannya itu.

"Bukan sebungkus tapi dua bungkus yang diberikan secara percuma. Saya anggap ini rezeki anak ketiga saya yang bakal lahir awal tahun depan," katanya.

Dia juga terharu dengan sikap baik hati orang ramai yang turut meluahkan hasrat ingin membantunya sehingga ada yang sanggup mencari maklumat mengenai pengedar nasi lemak tersebut.

Image via Twitter @amsuda

"Saya tak sangka ramai sangat yang nak membantu. Saya dan isteri amat terharu. Pendek kata rakyat Malaysia memang baik hati.

"Kerana nasi lemak akhirnya rakyat Malaysia bersatu. Terima kasih sekali lagi anda semua memang terbaik," tambahnya lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah baca kisah pen 'ajaib' ini? Kelakar habis!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: