seismik

Niat Nak Menipu, Akhirnya Ditipu. Cara Lelaki Ini Layan 'Scammer' Memang Lawak Habis!

Lain kali kalau nak menipu, jangan tunjuk sangat kebodohan tu. Kan dah terkena!

Cover image via Roysie Mandadi / Facebook

Jenayah scam kian meningkat dengan wujudnya teknik yang terdiri dari pelbagai cara. Sehinggakan anda langsung tidak terfikir bahawa ianya merupakan satu penipuan.

Sebab itulah sebagai pengguna, anda perlu lebih berjaga-jaga dalam melakukan transaksi untuk apa-apa pembelian kerana zaman sekarang, jenayah siber atau scammers kini semakin bijak menjerat pelanggan.

Ada juga teknik yang dilakukan oleh sindiket tersebut dengan cara menghubungi telefon mangsa secara rambang sebelum memulakan perbualan dengan mendakwa nama mangsa telah digunakan individu tertentu untuk melakukan pinjaman peribadi.

Cara itu boleh menyebabkan individu berkenaan panik dan bertindak melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya termasuk memberikan maklumat peribadi kepada scammer.

Bahaya!

Namun, jika anda ingin menjadi seorang individu yang lebih bijak dan dapat berfikir dengan rasional, boleh tengok contoh lelaki ini layan scammer yang ingin menipunya.

Lawak habis!

Menyamar sebagai pengumpul duit syiling konon!

Paling tak boleh blah, nak beli duit syiling dengan harga RM20k! Amboi...

Duit dah masuk dalam bank, siap tunjuk resit palsu lagi! Banyak betul masa dia nak edit resit tu.

Siap ada 'dear' lagi! Hahaha!

Bila orang nak refer di kaunter, terus menggelabah. Kononnya transaksi hanya boleh dibuat di mesin ATM. Podah!

Kan dah kena tipu!

Tiba-tiba paksa orang untuk bayar activation fees kononnya duit tak akan masuk jika tak bayar. Padahal....

Eh, dia pula tuduh orang lain scammer bila kena tipu balik. Siap nak suruh FBI cari lagi.

Aduhai, lawak betul!

Siap google gambar FBI tengah buat kerja. Nak ugut lah tu, tapi nampak beno kebodohan tu.

"Janganlah report, saya bagi hadiah nak?"

Bila gagal tipu orang, dia pula yang mengamuk. Lawak betul layan scammer ni!

Peringatan bagi setiap individu untuk lebih berwaspada dengan penipuan scammers. Lebih-lebih lagi sebelum membuat transaksi.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Perkongsian lain tentang jenayah scam ini:

You may be interested in: