Jangan Terpedaya Dengan Taktik 'Scammer' Jadi Polis Palsu Dan Minta Ikat Jamin RM30,000
Mereka ada di mana-mana.
Macam-macam jenis scam wujud zaman sekarang ni
Hidup di era teknologi tinggi ini memang mencabar. Dalam pada teknologi memudahkan urusan, ada juga manusia yang tidak bertanggungjawab menjadikannya sebagai bahan untuk mengaut keuntungan melalui scam.
Sesiapa saja boleh terjerat ke dalam scam jika tidak peka atau tidak berhati-hati. Paling buruk, scam selalunya boleh menyebabkan seseorang kerugian sehingga puluhan ribu wang Ringgit.
Terbaru, wujud pula satu taktik terbaru di mana scammer akan membuat panggilan dan menyamar sebagai seorang anggota polis
Pada mulanya, polis palsu itu mendakwa bahawa mangsa telah terlibat dalam satu kes berat, sama ada kes dadah, samun, langgar lari, pembunuhan, dan sebagainya.
Kemudian, polis palsu terbabit akan meminta wang "ikat jamin" dalam jumlah yang besar daripada mangsa untuk melepaskan mangsa daripada ditangkap. Dan jika gagal, mangsa boleh dihumban ke dalam penjara.
Seorang pengguna FB, Farah Shuhada ada menceritakan bagaimana bapanya mendapat panggilan daripada polis palsu berkenaan. Baca di bawah:
Assalamualaikum, kisahnya;
Pagi tadi abah saya telah terima satu panggilan telefon daripada balai polis di Pulau Pinang (sedangkan abah tak pernah ada urusan di Penang) dan dituduh telah terlibat dalam satu kejadian langgar lari di sana, dan pada masa yang sama kereta tersebut membawa dadah.
So, kat sini abah saya dituduh dua kesalahan;
1) Langgar lari
2) Bawa dadah
Pergh, berat bak hang kesalahan kedua tu. Ketaq lutut dengaq.
Pegawai yang call tu baca nama full siap nombor ic abah. Alamat beta tak sure. Tapi pegawai tu siap baca jumlah aset abah dalam bank.
Mula-mula abah panik juga sebab yelah undang-undang kan kalau kita tak salah tapi kita tak boleh buktikan tetap kena hukum. Tapi lama kelamaan pegawai tu makin pelik. Dah lah mintak bank in ikat jamin RM30k kalau nk lepas. Kalau tak nak bayar ikat jamin, waran tangkap akan dikeluarkan dan dalam masa 5 jam diorang akan sampai rumah daripada Penang untuk tangkap abah masuk lokap.
1st) Pegawai palsu tu tak bagi abah letak call. Even abah cakap nak bersiap pergi bank pun dia tak bagi abah letak call. Kena keep oncall. Dan dia tak bagi abah pergi mandi bersiap. Pegawai palsu tu cakap ni urusan penting jangan bazir masa.
2nd) Pegawai palsu tu tak bagi abah buat report polis. Pegawai palsu tu ckp kes ni masih dalam siasatan so jangan buat report dekat mana-mana balai lagi.
3rd) Masa abah oncall dengan pegawai palsu tu, mama yang ada kat sebelah abah tanya something dekat abah. Pegawai palsu yang tiba-tiba dengar suara mama tu terus marah abah supaya jangan cerita apa-apa dekat mama atau org lain; "Kalau cerita dekat isteri atau orang lain nanti dengan isteri awak kena reman sekali, "kata pegawai palsu tersebut.
4th) Pegawai palsu tu suruh abah pergi bank terus untuk bank in ikat jamin. tapi nombor akaun pegawai palsu tu akan bagi bila abah dah jejak kaki dalam bank dulu.
Okay, abah pun drive keluar dari rumah sambil ber-oncall dengan pegawai palsu tersebut. Sweet kan. Tapi last last abah belot, abah direct pergi IPD Selayang.
Masa tengah buat report, orang tu keep calling abah. Last last abah angkat bagi kat pegawai sebenar depan abah tu bercakap. Dan dan lepas tu orang tu hantar mesej tak puas hati kat abah.
Alhamdulillah benda dah settle. report dah dibuat. Polis pun dah confirm-kan benda tu scam. Cuma risau kalau diorang betul-betul tahu alamat rumah. Hmm.
Pesanan; Jangan cemas kalau dapat call macam ni. Yelah siapa tak cemas kalau kena tuduh pasal dadah. Boleh ke tali gantung tu. Tambah pulak kita ni orang awam biasa je. Panik tu Tuhan je yang tahu.
Doakan kami sekeluarga baik-baik saja, insyaAllah.