seismik

Doktor Palsu Di Hospital Besut Hubungi Pesakit Wanita Untuk Periksa Payu Dara Dan Kemaluan

Takda kerja sangat dah ni.

Cover image via Sleep Review

Seorang individu menyamar sebagai seorang doktor pakar dari Hospital Besut dengan nama Dr Haji Abu Bakar

Image via MIMS Malaysia

Menurut laporan dari Harian Metro semalam, Jabatan Kesihatan Terengganu telah berjaya mengesan seorang individu yang menyamar sebagai doktor pakar dengan memperkenalkan diri sebagai Dr Haji Abu Bakar. Malahan, individu terbabit juga didakwa mendapatkan maklumat peribadi pesakit dengan memperdaya kakitangan yang berada di klinik kesihatan.

Memetik kenyataan daripada Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Dr Mohammad Omar, individu itu berjaya mendapatkan maklumat berkenaan 12 orang pesakit wanita selepas berusaha memperdaya kakitangan klinik kesihatan di Besut itu.

Individu terbabit kemudiaannya menghubungi mangsa dan menyatakan panggilannya itu adalah bertujuan untuk mengadakan pemeriksaan payu dara dan alat kelamin

Image via NSW Government

Menerusi maklumat peribadi yang diperoleh, 'doktor pakar' itu kemudiannya menghubungi mangsa dan menyatakan panggilannya itu adalah bertujuan untuk mengadakan pemeriksaan payu dara dan alat kelamin dengan hanya melalui panggilan telefon.

"Mengikut laporan diterima, seramai tiga wanita di Besut menerima panggilan daripada doktor palsu terbabit pada 15 Julai lalu.

"Modus operandi sama seperti kes pada 2010 di mana mangsa diminta menjalankan pemeriksaan payu dara melalui panggilan telefon yang dibuatnya itu.

"Mangsa terpedaya kerana doktor palsu itu memiliki segala maklumat peribadinya dan mengikut arahannya tanpa mengesyaki sesuatu.

"Doktor palsu yang mendakwa dirinya sebagai doktor dari Hospital Besut itu turut mengarahkan mangsa memegang alat sulit sambil membuat suara ghairah," kata Dr Mohammad Omar ketika sidang media di pejabatnya di Kuala Terengganu.


Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, kesemua wanita berkenaan baru sekali membuat pemeriksaan kandungan di sebuah klinik kesihatan di Besut.

Katanya, laporan polis sudah dibuat oleh klinik kesihatan terbabit pada 18 Julai lalu dan kini nombor telefon yang digunakan individu tidak bertanggungjawab itu sudah tidak diaktifkan.

Sebenarnya memang tiada doktor pakar yang akan menjalankan rawatan atau pemeriksaan melalui panggilan telefon, lebih-lebih lagi membabitkan pemeriksaan payu dara atau alat kelamin," tambahnya lagi.

Berhati-hatilah dengan panggilan telefon yang anda terima. Periksa kesahihahnya terlebih dahulu dan jangan mudah terpedaya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bukan doktor je yang 'fake'. Braces pun ada...

You may be interested in: