seismik

Gigi Pesakit Ini Berdarah & Berbau Akibat Ditipu Doktor Gigi Palsu Pasang 'Fake Braces'

Tengok gambar pun dah boleh bayang sakitnya macam mana.

Cover image via Klinik Pergigian ArRizqin/Facebook

Fake braces bukan lagi sesuatu yang baru dalam masyarakat kita. Walaupun, telah banyak laporan mengenai keburukannya, namun masih ramai lagi yang menggunakannya.

Untuk kelihatan cantik, sesetengah individu sanggup berhabis duit menggunakan fake braces yang kononnya mahu mengikut trend terkini.

Namun, ada juga individu di luar sana tertipu dengan pihak yang tidak bertanggungjawab dengan memasang fake braces ke atas diri mereka.

Seperti yang diceritakan oleh page Klinik Pergigian ArRizqin di Facebook baru-baru ini, mereka telah didatangi oleh seorang pesakit yang menderita akibat memakai fake braces

Tolong viralkan!!

Al kisah hari ni patient datang klinik minta doc buangkan braces sbb dah tak tahan. Bila ditanya,dah pakai braces ni 2 bulan dgn byrn RM700 (takde la murah ).Pasang kat mana?Rumah doktor tu Ada temujanji lagi tak slps ni? Ada sebulan skali,kena byr RM100..Ni SAH SAH kes fake braces nih.Alahai nak marah pun ade, kesian pun ada.

facebook.com

Setelah diperiksa, didapati keadaan gusi dan giginya memang sudah teruk. Berbau, berdarah dan bergoyang!

Lps tu check, teruk nya gusi bengkak berdarah, berbau, gigi pulak bergoyang, ada breket yg tercabut, sisa makanan tak payah cerita la. Akhirnya doc ambik keputusan tanggalkan fake braces tu & bersihkan giginya dan bagi lah sedikit nasihat.

facebook.com

Dinasihatkan orang ramai lebih berhati-hati daripada terjerat dengan doktor gigi palsu yang memasang fake braces secara haram di rumah atau pun di hotel-hotel

Lebih baik takde braces dari pakai tapi bawa mudarat. Kasihan masih ada yang terjerat dgn doktor gigi palsu yang memasang fake braces secara haram di [email protected] banyak kali terjumpa kes-kes mcm ni & masyarakat kita masih tiada kesedaran bahayanya fake braces seperti ini.Nasihat doc, utk ape jua rawatan pergi lah berjumpa doc gigi yg HALAL bkn yg HARAM kerana yg haram itu jelas merbahaya.

facebook.com

Hati-hati semua! Dan tolong jangan terjerat lagi dengan perangkap fake braces seperti ini. Ingat, nyawa anda itu lebih penting.

Image via pinimg.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Yang ini pun fake jugak:

You may be interested in: