Rosmah Mansor Dedah Kenalan Luar Negara Tampil Bantu Bayar Denda RM50 Juta Najib
Rosmah memberitahu mereka hanya mahu melihat Najib kembali bersama keluarga.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Datin Seri Rosmah Mansor dedah rakan-rakan dari luar negara turut menyumbang membayar denda RM50 juta yang perlu dijelaskan oleh suaminya, Datuk Seri Najib Razak, bagi memenuhi syarat tahanan rumah
Menerusi sebuah hantaran di Facebook, Rosmah menyatakan Najib telah menerima sumbangan bukan sahaja daripada rakyat Malaysia, malah dari luar negara termasuk Kanada, Itali, Singapura dan Brunei.
"Saya benar-benar terharu. Mereka telah menghubungi saya untuk menyatakan kegembiraan mereka terhadap perkembangan terkini mengenai Datuk Sri Najib sambil menyatakan hasrat untuk memberi sumbangan.
"Mereka hanya mahu melihat Datuk kembali bersama keluarga. Itu sahaja. Saya tidak pernah menyangka begitu ramai yang masih mengambil berat dan sanggup tampil membantu dengan penuh keikhlasan," tulisnya.
Rosmah, yang turut disabitkan kesalahan dalam kes rasuah kini dalam proses rayuan, menambah bahawa sumbangan tersebut telah menyedarkannya tentang siapa sebenarnya individu yang ada bersama ketika susah mahupun senang.

Pada masa yang sama, UMNO turut melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu membayar dendanya
Setakat pagi Sabtu, 19 September, tabung tersebut telah menerima sumbangan berjumlah hampir RM1 juta.
Dilancarkan oleh UMNO pada Jumaat lalu, 18 September, tabung itu berjaya mengumpul RM634,562.02 dalam tempoh tiga jam pertama.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menyatakan bahawa ramai penyumbang memberikan sumbangan serendah RM10 hingga RM50.
Najib diwajibkan membayar denda RM50 juta, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pengampunannya ditarik balik dan perlu menjalani baki hukuman penjaranya, lapor New Straits Times.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via