Tahukah Anda, Ini Perbezaan Gelaran Datuk, Dato’, Dato’ Seri, Tan Sri & Gelaran Tun
Semuannya ada makna bukan perbezaan ejaan semata-mata.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rujukan kehormat ialah frasa yang digunakan untuk merujuk kepada orang-orang kenamaan
Rujukan ini telah digunakan secara meluas di Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Selatan Filipina.
Di beberapa negara, terdapat satu istiadat pengurniaan darjah kebesesaran yang memberikan gelaran kehormat kepada para penerima.
Datuk, Dato' Dato' Seri, Dato' Sri, Tan Sri dan Tun semuanya mempunyai maknanya tersendiri dan darjah yang berbeza-beza dan bukannya disebabkan perbezaan ejaan semata-mata.
Semua ini bunyinya sama tetapi tidak boleh ditukar ganti. Malaysia mempunyai gelaran yang di tahap persekutuan dan negeri.
Gelaran-gelaran sebegini adalah suatu kehormatan dan bukan keturunan.
Bagi gelaran persekutuan pula ia boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan boleh dikembalikan kepada seorang individu tersebut. Gelaran negeri diberikan oleh Raja negeri atau Yang di-Pertua Negeri.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Bakti (DB) kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda di Istana Negara
Image via Berita Harian / BERNAMAJadi ini perbezaan gelaran Datuk, Dato', Dato' Seri, Dato' Sri, Tan Sri & Tun Di Malaysia:
Dato' dan Datuk
Kedua-dua ejaan Dato' dan Datuk adalah betul tetapi menunjukkan penghormatan yang berbeza.
Datuk digunakan untuk penghormatan persekutuan seperti Panglima Jasa Negara (PJN) dan Panglima Setia Diraja (PSD).
Isteri seorang Datuk digelar Datin dan penerima gelaran Datuk yang bukan wakil rakyat digelar Yang Berbahagia.
Dato' pula adalah darjah kebesaran negeri dan Wilayah Persekutuan yang digunakan oleh ketua bagi setiap 13 negeri.
Gelaran-gelaran ini bukan satu perwarisan dan boleh ditarik semula.
Gelaran Dato' ini diberikan kepada penerima yang telah menyumbang sesuatu kepada negara dan negeri.

Datuk Wira Ameer Ali Mydin
Image via The PeakNamun begitu, tiada peraturan tetap yang membezakan Datuk dan Dato'. Pulau Pinang mempunyai governor yang menggunakan Dato', manakala kawasan persekutuan menggunakan Datuk.
Sebagai contoh, Datuk Chef Wan dan Dato' Ameer Ali Mydin.
Dato' Seri, Dato' Sri dan Datuk Seri
Bunyinya sama tetapi ejaan penghormatan ini berbeza mengikut dari pada seseorang itu dikurniakan gelaran.
Dato' Seri digunakan oleh negeri Kedah, Perak, Selangor dan Terengganu, Dato' Sri digunakan di Pahang, Datuk Seri oleh Persekutuan dan beberapa negeri dan Dato Sri digunakan di Sarawak.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Image via TVSSemua penghormatan ini adalah lebih tinggi dari gelaran Dato' atau Datuk, jadi ia tidak boleh ditukar ganti.
Sebagai contoh, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia dan Dato' Sri Dr. Hasmiza binti Othman atau Dato' Sri Vida.
Tan Sri
Tan Sri ialah pangkat persekutuan paling kanan kedua yang diberiklan kepada penerima sama ada Panglima Mangku Negara (PMN) dan Panglima Setia Mahkota (PSM).

Aktres Filem Antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh Choo-Kheng (tengah) yang juga penerima Darjah Pingat Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri bersama Pereka Kasut Antarabangsa, Datuk Choo Yeang Keat atau lebih dikenali sebagai Jimmy Choo (kiri) dan Pereka Fesyen Antarabangsa, Datuk Zang Toi yang masing-masing menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk
Image via StarIsteri bagi Tan Sri adalah Puan Sri. Penerima Gelaran Tan Sri yang bukan wakil rakyat akan digelar Yang Berbahagian.
Sebagai contoh Tan Sri Dato' Seri Michelle Yeoh dan Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tun
Tun adalah gelaran yang telah lama wujud dalam masyarakat Malaysia sejak beratus-ratus tahun.
Tun ialah gelaran kehormat yang digunakan oleh orang bangsawan berketurunan raja yang diwarisi oleh kaum lelaki. Kini, gelaran Tun telah menjadi gelaran yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada penerima berkelayakan dan paling berjasa dan memberikan sumbangan besar kepada negara.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran 'Tun' kepada Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda di Istana Negara
Image via Berita Harian / BERNAMAGelaran Tun adalah pangkat persekutuan paling kanan yang diberikan kepada penerima sama ada Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Seri Setia Mahkota (SSM).
Isteri kepada Tun digelar sebagai Toh Puan. Penerima gelaran ini yang bukan pemerintah negeri atau wakil rakyat diberikan gelaran Yang Amat Berbahagia.
Sebagai contoh, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Dr. Haji Arshad Bin Ayub.
Hierarki untuk kesemua gelaran ini adalah mudah iaitu Datuk>Tan Sri>Tun. Ini adalah dalam erti yang mudah kerana setiap negeri mempunyai heirarki tersendiri mengikut sistem dan gelaran kehormat yang telah diberikan.
Artis-artis antarabangsa yang juga mendapat gelaran Datuk
Sudah semestinya terdapat beberapa artis-artis antarabangsa yang tidak terlepas dan dikurniakan gelaran Datuk sama ada melalui jasa atau impak mereka kepada rakyat Malaysia melalui budaya, pelancongan dan hubungan antarabangsa.
Datuk Fan Bing Bing mendapat gelaran Datuk dari negeri Melaka atas promosi pelancongan ke Melaka sebagai duta.

Datuk Shah Rukh Khan juga telah mendapat gelaran Datuk dari negeri Melaka kerana menolong mempromosikan Melaka pada tahun 2008.

Datuk Jackie Chan telah menerima Panglima Mahkota Wilayah pada tahun 2015.

Datuk Sri Rossa penyanyi Indonesia yang mendapat darjat kebesaran ini dari Pahang pada tahun 2018.

Perlu diingatkan di luar sana terdapat beberapa orang yang menggunakan gelaran Datuk yang palsu. Perkara ini Akta Kesalahan Yang Berhubung Dengan Anugerah 2017 (Akta 787).
Anda boleh menyemak kesahihan sesuatu gelaran kehormat itu di laman rasmi Bahagian Istiadat Dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via