Serah Kad Kahwin, Bakal Pengantin Dalam DUN Bemban Bawa Pulang 100KG Beras Sumbangan

Meringankan beban untuk kos majlis!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @jefri.safry (TikTok) & Ikhlas

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bakal pengantin melangsungkan majlis perkahwinan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban terima hadiah 100 kilogram (kg) beras

Menerusi laporan Harian Metro, pemuda yang memulakan inisiatif itu, Muhammad Jefri Safry, 35, berkata, perkara itu sudah dilakukannya sejak setahun lalu dan diteruskan sehingga kini dengan sumbangan diberikan kepada bakal pengantin yang memberikan kad jemputan perkahwinan kepadanya.

Katanya, sumbangan itu diberikan tanpa mengira fahaman politik sebaliknya adalah berdasarkan prinsip membantu masyarakat setempat mengikut kemampuan.

"Setakat ini, sebanyak 6,000 kg beras sudah disalurkan kepada pasangan pengantin yang mengadakan majlis perkahwinan dalam kawasan DUN berkenaan.

"Tak kira siapa pun mereka dan apa juga warna bendera yang mereka sokong, selagi mereka masyarakat DUN Bemban, saya akan cuba membantu mengikut kemampuan," katanya.

SAYS.com

Muhammad Jefri Safry (kanan) menyampaikan kampit beras kepada keluarga pengantin dalam DUN Bemban.

Image via TikTok

Sumbangan yang menggunakan dana sendiri tanpa bantuan atau pertolongan daripada mana-mana pihak

Menurutnya, setiap kad jemputan ke majlis perkahwinan yang diterima adalah satu penghormatan dan sumbangan 100 kg beras itu mampu membantu pihak keluarga menyediakan keperluan makanan untuk majlis.

"Dalam keadaan kos mengadakan majlis perkahwinan memerlukan pelbagai perbelanjaan, sumbangan beras ini diharapkan sedikit sebanyak dapat mengurangkan keperluan yang perlu disediakan oleh keluarga bakal pengantin.

"Walaupun 100 kg beras mungkin kelihatan kecil, namun saya harap jumlah itu boleh menjadi sebahagian daripada keperluan makanan untuk majlis dihadiri tetamu," katanya.

Bakal pengantin yang akan mengadakan majlis perkahwinan dalam kawasan DUN Bemban dan ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan sumbangan berkenaan boleh menghubungi pegawai bertugas, Nazrin di 016 440 3145.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: