seismik

"Penipu, Pencuri!" - Ramai Tak Puas Hati donUT Scarves Ciplak Hasil Karya Pelukis Jepun

Donut curi please.

Cover image via SAYS

Pernahkah anda terdengar tentang jenama tudung tempatan 'donUTScarves'?

'donUT Scarves' merupakan sebuah jenama tudung yang terkenal dalam kalangan hijabista di Malaysia. Jenama ini mula beroperasi dalam bidang fesyen sejak Disember 2015 lagi,

Visi jenama ini adalah untuk menyediakan koleksi tudung yang mudah dipakai dan juga menepati citarasa pengguna dengan reka bentuk yang unik dan tersendiri. Selain itu juga, mereka meletakkan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua pelanggan mereka.

Koleksi tudung donUT ini dilancarkan pada setiap bulan mengikut musim dan tema, ia juga direka khusus buat wanita berhijab yang mempunyai citarasa yang tinggi dalam fesyen.

Namun baru-baru ini, donUT Scarves menjadi bualan ramai apabila didakwa telah mencuri rekaan hasil seni lukis seorang artis ilustrasi antarabangsa

Mencuri idea dan konsep reka bentuk daripada produk terkenal sudah menjadi kebiasaan dalam industri perniagaan di Malaysia, tetapi mencuri idea dan rekaan daripada seorang pelukis terkemuka bukanlah perkara yang biasa. Hal ini bertambah lagi serius apabila pihak syarikat ini tidak memberi kredit kepada pelukis tersebut dan mendakwa bahawa rekaan itu adalah hak milik mereka sendiri.

Menurut sebuah gambar yang dimuatnaik oleh gadis yang bernama Nisa Sa di laman Facebook, dia mendakwa bahawa donUT Scarves telah mencuri rekaan lukisan daripada seorang pelukis yang berasal dari Jepun yang dikenali dengan nama Shinji Tsuchimochi.

Hal ini telah mendapat perhatian daripada orang ramai, terutamanya para pelanggan donUT Scarves.

Walaupun isu ini kecoh, pihak donUT Scarves tidak mahu mengakui kesalahan mereka dan telah pun memberi kenyataan terhadap perkara ini

donUT Scarves telah mendakwa rekaan koleksi tudung mereka ini adalah hak milik dan rekaan mereka sendiri. Tetapi, jika anda lihat rekaan tudung itu dengan teliti anda pasti dapat mengecam bahawa mereka telah mengubah reka bentuk pokok sakura dari lukisan Shinji dan membuatnya kelihatan seperti dicat menggunakan warna air.

Jika anda lihat pada gambar di bawah, cuba anda bandingkan dan lihat akan persamaan antara kedua-dua gambar ini. Terdapat beberapa perkara yang berlainan kecuali kedudukan kuil, menara Tokyo, kedudukan orang, burung dan juga posisi bentuk awan di langit.

Karya Shinji.

Image via Behance

Produk donUT Scarves.

Image via Donut Scarves

Selain daripada itu, donUT Scarves juga dilihat seperti meniru produk popular keluaran Vivy Yusof iaitu dUCk Scarves dari segi:

1. Product packaging

dUCk Scarves.

Image via Duck Scarves

donUT Scarves.

Image via Donut Scarves

2. Gambar produk

dUCk Scarves.

Image via Duck Scarves

donUT Scarves.

Image via Donut Scarves

3. Deskripsi produk

dUCk Scarves.

Image via Duck Scarves

donUT Scarves.

Image via Donut Scarves

Bukan itu saja, setiap komen berbaur negatif akan dibuang, malah akaun Instagram yang meninggalkan komen-komen sebegitu akan di-blocked serta merta

Lebih memalukan, pemilik hasil seni berkenaan Shinji Tsuchimochi turut menurunkan komen di laman Instagram mereka

Menurut Shinji, beliau telah mengambil masa selama 3 tahun untuk menerbitkan buku kompilasi hasil seni tersebut

Shinji telah pun mengumpul semua hasil lukisan beliau itu dan mencetaknya menjadi sebuah buku kompilasi yang diberi nama '100 Views of Tokyo'. Beliau telah mengambil masa selama tiga tahun dalam mengambil proses penghasilan buku berkenaan.

Pada mulanya, beliau berasa amat kecewa terhadap tindakan pihak donUT Scarves dalam mengambil hak milik beliau tanpa memberi kredit kepadanya. Namun, beliau tidak mahu membuang masa mengambil tindakan dengan mengenakan dakwaan kepada mereka.

Menurut beliau, melukis dan menghasilkan seni merupakan pekerjaan beliau. Beliau juga amat berterima kasih kepada orang ramai atas sokongan mereka terhadap hasil seni lukisan beliau. Ramai orang yang telah pun memberi pendapat dan tidak berpuas hati terhadap tindakan pihak donUT Scarves. Tetapi baginya, selagi tiada apa masalah yang berlaku selepas perkara ini, beliau tidak akan mengambil apa-apa tindakan.

"Saya hanya ingin melukis dan berkongsi karya seni saya bersama orang ramai," kata Shinji.

Apakah pendapat anda? Adakah pihak 'donUT Scarves' menipu dan tidak bertanggungjawab?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Rawatan terapi ozon yang popular ni pun dah diharamkan. BACA SINI:

You may be interested in: