Eskalator Usang Di Mall Kajang Cetus Kebimbangan, Netizen Desak Tindakan Segera

Difahamkan, eskalator tersebut tidak lagi beroperasi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @anne.alii (Threads)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah video yang memaparkan keadaan eskalator usang di sebuah pusat beli-belah sekitar Kajang, Selangor baru-baru ini mencuri perhatian pengguna media sosial

Rakaman tersebut dikongsikan seorang pengguna Threads selepas dia berkunjung ke pusat beli-belah berkenaan.

Menerusi hantaran itu, dia meluahkan rasa kurang selesa melihat keadaan eskalator berkenaan yang didakwa sudah tidak digunakan.

"Seramnya eskalator ni," tulisnya.

Menurut pengguna berkenaan, eskalator tersebut tidak beroperasi namun masih tidak dipasang palang atau penghadang bagi menghalang orang ramai daripada menggunakannya.

"Tak on pun eskalator ni tapi seramlah, sepatutnya tutuplah terus jangan bagi orang guna. Dahlah aras paling tinggi," katanya.

Berdasarkan video yang dikongsikan, eskalator itu kelihatan dalam keadaan agak usang dengan beberapa bahagian pada anak tangganya turut mengalami kerosakan

Keadaan tersebut kemudian mengundang kebimbangan pengguna media sosial, terutama mengenai aspek keselamatan pengunjung yang menggunakan kemudahan berkenaan.

Malah, beberapa pengguna di ruangan komen turut berkongsi pengalaman mereka berkaitan pusat beli-belah tersebut.

Seorang pengguna dikenali sebagai Erni mendakwa pernah terdengar kejadian seorang kanak-kanak tersepit tangannya pada eskalator ketika dia bekerja di situ.

"Dulu masa kerja masa bulan puasa tahun bila tak ingat ada budak tersepit tangan dekat eskalator tu satu bangunan dengar budak tu menjerit," katanya.

Video berkenaan kemudiannya mendapat perhatian orang ramai di media sosial susulan keadaan eskalator yang kelihatan tidak diselenggara dengan baik.

Lihat video di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: