Label Kedai Di Mall Malaysia Buat Lelaki Indonesia Kagum, Ramai Baru Sedar Lepas Tengok Video
Menurutnya, perincian berkenaan mungkin kelihatan biasa bagi rakyat Malaysia, namun cukup menarik perhatian pengunjung dari luar negara.
Cover image via @taufikeffendi_ (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki dari Indonesia baru-baru ini berkongsi satu perkara kecil yang sering menarik perhatiannya ketika berada di Malaysia
Menerusi perkongsian di Instagram, Taufik Effendi menunjukkan bagaimana setiap premis di sebuah pusat beli-belah dilengkapi keterangan yang menyatakan jenis perniagaan beroperasi di lokasi berkenaan.
"Satu detail kecil yang saya perhatikan setiap kali ke Malaysia," tulisnya di kapsyen video.
Dalam perkongsian tersebut, dia turut menunjukkan beberapa contoh label di hadapan premis seperti kedai minuman keras dan tembakau, kedai mutiara serta restoran.
Menurutnya, perincian berkenaan mungkin kelihatan biasa bagi rakyat Malaysia, namun cukup menarik perhatian pengunjung dari luar negara.


Perkongsian itu kemudian mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, termasuk rakyat Malaysia yang mengakui mereka sendiri tidak pernah menyedari kewujudan label berkenaan
Tidak kurang juga pengguna dari Indonesia yang berkongsi pengalaman mereka ketika berada di Malaysia.
Seorang pengguna mendakwa sudah menetap di Malaysia selama 10 tahun dan menganggap sistem pelabelan premis tersebut sebagai antara perkara yang disukainya.
"Selama 10 tahun tinggal di Malaysia, ini yang saya suka sebenarnya. Setiap kedai pasti ada labelnya. Seharusnya di Indonesia hal begini juga harus ditiru," katanya.
Selain label jenis perniagaan, nombor yang dipaparkan pada premis turut dianggap membantu pengunjung mengenal pasti lokasi kedai dengan lebih mudah, khususnya di pusat beli-belah yang mempunyai banyak lot.


"Nombornya juga jadi penyelamat. Lepas balik Indonesia terus pening kalau masuk mall sebab sesat," kata seorang lagi pelancong Indonesia.
Perkongsian tersebut secara tidak langsung menunjukkan bagaimana sesuatu yang dianggap perkara biasa oleh penduduk tempatan boleh menjadi satu kemudahan yang dihargai oleh pengunjung dari negara lain.
Kadangkala, perkara kecil yang kita lihat setiap hari sebenarnya memainkan peranan dalam memudahkan urusan orang ramai tanpa kita sedari.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


