Skynet 'Scammer'? Wanita Ini Cerita Bagaimana Ibunya Ditipu Barangan COD Dari China
Nampaknya sekarang nak COD pun dah tak selamat!
Membeli-belah dalam talian adalah perniagaan besar hari ini, dengan lebih banyak pengguna di seluruh dunia beralih ke dunia yang luas untuk membeli barangan.
Tetapi...
... ini secara tidak langsung telah menarik perhatian penjenayah siber yang berminat untuk mengeksploitasi individu yang memilih untuk membeli-belah dalam talian.
COD (Cash-On-Delivery) selalunya menjadi pilihan utama mereka yang suka membeli-belah dalam talian kerana hanya akan membuat pembayaran apabila barang telah sampai. Mudah bukan?
Akan tetapi, kita perlu berjaga-jaga dalam melakukan transaksi COD kerana zaman sekarang, penjenayah siber atau scammers semakin bijak menjerat pelanggan.
Seperti yang dikongsi oleh seorang netizen di Facebook, beliau menceritakan bagaimana scammer yang berpura-pura sebagai Skynet menjerat ibunya baru-baru ini
Menerusi sebuah posting dari Siti Ilana Binti Sallehudin, beliau menyatakan bahawa Skynet sudah mula bersubahat dengan scammer dari China.
Menurutnya, Skynet telah datang ke rumahnya untuk menghantar satu bungkusan dari China pada 5 Disember lalu ketika beliau tiada di rumah. Pada waktu itu, ibunya yang sedang berada di rumah telah memeriksa semua maklumat seperti nama, alamat dan nombor telefon pada bungkusan tersebut. Semuanya tampak lengkap.
Tetapi apa yang menghairankan ialah bungkusan tersebut tidak pernah dipesan oleh mana-mana ahli keluarga. Ibunya yang tidak tahu apa-apa telah diminta untuk membuat pembayaran sebanyak RM329.
Tanpa berfikir panjang, ibunya terus menyerahkan jumlah wang berkenaan, namun tiada sebarang resit diberi kepadanya.
Apa yang terjadi selepas itu? Baca perkongsian penuh Siti Ilana di bawah:
Jadi, jika anda suka beli barang dalam talian dan manggunakan cara COD, beringatlah. Jangan biarkan perkara sama berulang lagi.
Sekiranya anda memutuskan untuk menerima barangan secara COD, cari tanda-tanda penipuan, sahkan alamat dan semua maklumat dengan betul, dan pastikan pakej telah diproses, dibungkus dan dicop dengan baik.
Paling penting, sahkan identiti syarikat penghantaran dan individu yang membuat penghantaran dengan meminta pengenalan rasmi dari mereka.
Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada kejadian malang ini.