Pasangan Gay Kantoi Jadi Wanita Di Facebook, Tipu Duit & Ajak Lelaki Berkahwin
Pasangan itu mewujudkan dua akaun Facebook yang berbeza.
Muslihat dua lelaki yang menyamar sebagai perempuan di Facebook sehingga menyebabkan beberapa mangsa kerugian hampir RM16,000 membawa padah apabila kegiatan pasangan songsang itu dibongkar seorang pengguna Facebook
Menerusi status yang dimuat naik Manna Melynna semalam, identiti dua pasangan gay itu didedahkan bagi mengelakkan lebih ramai lelaki menjadi mangsa penipuan mereka yang bertopengkan ‘wanita tulen’.
Menurut Manna, kedua-dua lelaki itu menggunakan akaun Facebook dengan nama Chinta ChanduRi dan Syarifah Syakilla untuk menjalankan aktiviti penipuan mereka dan menggunakan kata-kata manis sehingga menyebabkan mangsa terpedaya.
Kata Manna dia mula menyiasat tentang perkara tersebut selepas mangsa kepada suspek itu memberitahu bahawa suspek mengatakan Manna adalah rakan bisnesnya
Modus operandi mereka cukup mudah. Mereka menyamar menjadi perempuan untuk menagih simpati lelaki yang kononnya mereka adalah janda anak satu yang sudah bercerai sebab dipukul suami.
Seterusnya suspek akan mengajak mangsa bertunang atau kahwin dan meminta mangsa memasukkan duit ke dalam bank merekai supaya kononnya untuk membeli cincin tunang/kahwin.
Manna turut memuat naik sebuah rakaman video, selain beberapa keping gambar yang menunjukkan pasangan gay itu berpelukan antara satu sama lain dan beberapa resit transaksi pemindahan wang ke dalam akaun bernama Syukran Sabrin Shukri, dipercayai milik salah seorang daripada suspek.
Tambah Manna lagi, kebanyakan mangsa penipuan pasangan gay itu adalah orang Melayu dan warga asing terutamanya dari Indonesia yang kerugian wang antara RM7,000 hingga RM16,000.
Namun, apa yang paling tidak masuk akal adalah, selepas kegiatan pasangan songsang itu terbongkar, suspek yang berusia 23 tahun mendakwa bahawa dirinya ‘disihir’ oleh seseorang
Suspek juga mendakwa sebenarnya beliau adalah seorang wanita tetapi terperangkap dalam tubuh seorang lelaki akibat dari kesan sihir berkenaan.
“Ubat untuk kembali ke susuk tubuh asal adalah dengan cara meminum sperma orang yang dia suka.
“Secara berdepan, saya agak terkejut kerana dia memang pandai buat-buat (meniru) suara perempuan,” kata Manna.
Difahamkan, kedua-dua suspek telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.