RapidKL Berjaya Cari Pemilik ‘Tupperware’ Hilang, Siap Minta Tinggalkan Lauk Sikit. Lawak!
Kalau hilang tupperware mak, mahu tak bercakap seminggu nanti. Jaga-jaga...
Rata-rata kalau bergaduh dengan mak, antara sebabnya adalah hilangkan tupperware. Dia bekalkan makanan untuk bawa pergi kerja, kau hilangkan memang habislah kena berleter.
Kalau hilangkan benda lain tak apa lagi, kalau tupperware memang cari nahas jawabnya!
RapidKL hari ini melalui satu tweet telah mencari pemilik tupperware yang dijumpai di stesen MRT, Taman Tun Dr Ismail, semalam, 10 Oktober
Beberapa jam kemudian, pihak RapidKL telah berjaya menemukan pemilik tupperware tersebut selepas salah seorang pengguna Facebook membalas status itu
Tweet tersebut telah mendapat perhatian ramai pengguna Twitter. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka. Memang kelakar bila baca!