Gelagat Keluarga Ini Nak Keluarkan Piring Corelle Tersangkut Dalam Mangkuk Serius Kelakar
Matilah nak! Haha.
Mak mana yang tak sayang pinggan mangkuk, lebih-lebih lagi jenama Corelle, kan?
Sebut saja jenama Corelle, ibu-ibu semua pasti sayang. Para ibu selalunya menjadikan pinggan, mangkuk, piring, atau apa-apa saja peralatan daripada jenama ini sebagai kegemaran mereka.
Jadi seelok-eloknya, elakkanlah daripada merosakkan peralatan kesayangan mak. Silap langkah, buruk padahnya.
Malang tak berbau, itulah apa yang terjadi kepada seorang gadis, @shazlinfaizal di Twitter.
Shazlin atau Linn menceritakan detik di mana piring Corelle kesayangan ibunya telah tersangkut di dalam sebuah mangkuk.
Kejadian berlaku ketika Linn sedang basuh pinggan di sinki dapur. Menurut Linn, piring kesayangan ibunya itu tiba-tiba termasuk ke dalam sebuah mangkuk, kemudian tersangkut dan tidak boleh dikeluarkan.
Walaupun telah dicungkil dengan pisau, piring itu masih tidak bergerak. Linn yang buntu segera meminta tolong warga Twitterjaya untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Tweet berkenaan yang dimuat naik pada 2 Julai 2018 menerima respon yang begitu memberangsangkan dan sehingga kini telah mendapat hampir 43,000 retweets dan 19,000 likes.
Pada mulanya, Linn tidak mahu ibunya tahu tentang apa yang terjadi kepada piring tersebut kerana khuatir ibunya akan mengabaikannya
Usaha nak mengeluarkan piring itu memang kelakar. Bukan setakat Linn, bapa Linn juga terpaksa pergi ke kedai untuk membeli penyedut.
Demi Corelle, penyedut sanggup dibeli, semata-mata demi mak.
Malangnya, penyedut juga tidak dapat membantu. Piring itu masih tersekat.
Usaha Abah gagal. Kini giliran abang dan kakak ipar pula untuk step in dan tunjukkan kehebatan.
Bagaimana prestasi abangnya?
Tett! Gagal dengan jayanya.
Sampai tercabut batang penyedut tu. Sepatutnya penyedut tu yang cabut Corelle, tapi Corelle yang cabut penyedut.
You don't mess with Corelle mak.
Apa lagi nak kena buat ni?
1) Curahkan air panas? Checked!
Curah air panas kat atas ke, kat dalam ke, result dia tetap sama. Piring itu masih tersangkut dengan rapi.
2) Letak sabun bagi licin dan cungkil pakai pisau? Checked!
Sampai jahanam dah pisau tu tapi piring masih tak dapat dikeluarkan.
4) Letak dalam freezer dan bekukan? Checked and checked!
Linn yang sedang menganggur sempat bertanyakan tentang kerja kosong.
Akhirnya...
Corelle mak tak dapat diselamatkan. Walaupun telah berusaha sedaya-upaya, satu-satunya jalan penyelesaian yang ada ialah dengan memecahkan piring tersebut.
Jenama Corelle ni memang mahal. Piring yang kecil macam tu pun harga dah RM30.
Nak tak nak kena ganti jugaklah ya Linn.
Tapi Linn tidak perlu risau kerana kuasa viral mampu mengubah nasibnya.
Tanpa disangka, Malaysia Corelle Store menawarkan penggantian piring tersebut secara percuma!
Apa-apa pun, jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran. Barang-barang yang mak sayang tolonglah jaga elok-elok ya.
Nasib baik Linn ni pandai hati ambil hati mak dia. Lol.