seismik

"Terkejut Beruk Paper BM Kosong Takde Jawapan” - Pelajar Hampir Fail Exam Angkara Pen Ini

Hati-hati semua jangan guna pen ini bila nak jawab peperiksaan. Kalau boleh tulis nota pun jangan.

Cover image via Twitter @ku_paann

Sementara sedang musim exam dan peperiksaan akhir tahun ini, para pelajar mesti sudah bersiap sedia dengan alat tulis seperti pen, pensel, pemadam dan lain-lain

Image via Ibu Doakan

Semua alat tulis ini akan disediakan secara rapi bagi memastikan pengalaman menjawab peperiksaan itu berjalan lancar. Bahkan ada juga yang test siap-siap pen yang bakal digunakan bagi memastikan tidak ada insiden kehabisan dakwat sewaktu sedang menjawab peperiksaan.

Tapi bagaimana pula bila kita ingat pen yang bakal digunakan itu elok belaka, tiba-tiba dakwatnya hilang? Tak ke naya sudah tulis jawapan panjang lebar tiba-tiba dalam kertas jawapan jadi kosong? Cuaknya!

Image via Take Lessons

Menerusi perkongsian di satu laman sosial, seorang pelajar tingkatan 5 nyaris gagal peperiksaan percubaan SPM Bahasa Melayu gara-gara kertas peperiksaannya tiba-tiba jadi kosong ketika guru sedang menyemak kertas itu

Menurut perkongsian tersebut, insiden itu berlaku ketika gurunya sedang sibuk menanda kertas peperiksaan lalu terjumpa satu kertas peperiksaan yang kosong tanpa jawapan. Guru terbabit terus memanggil pelajar bernama Paan dan memberi ceramah serta kesedaran kepadanya bahawa peperiksaan SPM semakin hampir.

Paan yang pada ketika itu tidak tahu menahu apa yang sedang berlaku terus terkejut apabila diberitahu bahawa kertasnya kosong walhal dia sudah menjawabnya. Maka Paan pun terus mencari penyelesaian untuk masalahnya itu.

Kisah Paan ini telah dikongsikan oleh rakannya di laman Twitter. 

Baca perkongsian penuh di bawah:

Bagi yang tertanya-tanya apakah jenama pen tersebut dan bagaimana rupanya

Menurut rangkaian tweet tersebut, pen terbabit adalah dari jenama Pilot dan dipanggil Friction Ball. Pen ini dijual di hampir kesemua outlet kedai buku di Malaysia. Sekiranya dakwatnya terkena haba, serta merta ink yang melekat pada kertas itu akan hilang namun boleh recover semula pada suhu -4 darjah dan ke bawah.

Di bawah adalah demo bagaimana dakwat pen itu akan hilang apabila terkena haba

Sebagai peringatan kepada pelajar-pelajar di luar sana sama ada di sekolah menengah mahupun di universiti, elakkan dari menggunakan pen ini walaupun sekadar untuk menulis nota.

Bahaya kang kalau nanti nota semua tiba-tiba hilang!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: