seismik

‘GrabFood Couple’ Ini Bukan Setakat Jatuh Cinta Tapi Gambar Kahwin Pun Ikut Tema GrabFood!

Nur Atiqah dan Mohd Afandi telah bertemu cinta semasa masing-masing bekerja secara sambilan sebagai pengendali makanan untuk GrabFood

Cover image via Facebook thehayat.co

Hati-hati jadi rider Grab ni, nanti ter-grab hati sesiapa pula

Begitulah yang terjadi kepada pasangan suami isteri, Nur Atiqah dan Mohd Afandi yang bertemu cinta semasa masing-masing bekerja secara sambilan sebagai pengendali makanan untuk GrabFood.

Image via Facebook Atiqah

Dalam satu posting di laman Facebook milik Atiqah, dia telah mengungkapkan rasa kesyukurannya bertemu jodoh dengan Affandi.

"Untuk penghujung tahun 2018 ini, impian aku direalisasikan. Penat lelah berpanas, berhujan dan (akhirnya) bertemu jodoh dalam satu cabang yang sama. Walaupun GrabFood ada naik turunya, (namun) cinta kami tetap utuh," kata Atiqah.

Sebagai satu penghormatan kepada syarikat pengedaran makanan tersebut, pasangan itu telah menjadikan foto perkahwinan mereka bertemakan GrabFood

Gambar-gambar tersebut telah dirakamkan dan merupakan idea asal jurugambar profesional, thehayat.co.

Lihat gambar-gambar comel pasangan tersebut di bawah:

GrabFood Malaysia turut mengucapkan tahniah kepada pasangan suami isteri tersebut

Tahniah buat kedua mempelai.

Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: