seismik

"Nasib Baik Ada Tom" - 10 Lelaki Ini Tak Berjaya Tangkap Tikus, Mujur Ada Senjata Rahsia!

Lawak, memang lawak!

Cover image via Twitter @syfqtominay_

Tular di laman sosial gelagat sekumpulan lelaki cuba menghalau seekor tikus yang tiba-tiba masuk ke dalam rumah sewa mereka

Dalam satu video berdurasi 47 saat yang dimuat naik pengguna Twitter @syfqtominay_ atau Syafiq, dapat dilihat sekumpulan lelaki itu masing-masing memegang 'senjata' tersendiri demi menghalau seekor tikus itu.

Yang kelakarnya ialah meskipun lelaki-lelaki itu ada yang memegang penyodok serta penyapu namun tidak seorang pun berjaya menangkap tikus berkenaan yang bersembunyi di sebalik almari yang terletak di kawasan dapur.

Walau bagaimanapun, mujur salah seorang daripada lelaki itu membawa bersama 'senjata rahsia' iaitu kucing peliharaan mereka yang diberi nama Tom

Tidak mengambil masa yang lama, Tom segera menangkap tikus tersebut menyebabkan sekumpulan lelaki itu menyorak kegembiraan. Lawak, memang lawak!

Lihat video penuh di bawah:

Meninjau di ruangan komen, ternyata rata-rata warganet turut terhibur melihat video rakaman tersebut. Masing-masing merasa geli hati melihat telatah sekumpulan lelaki itu malah ada juga yang beranggapan bahawa Tom sebenarnya satu-satunya 'jantan' dalam rumah tersebut.

Antara komen menarik dari warganet:

Jangan risau, Tom telah pun mendapat pengiktirafan selepas berjaya menangkap tikus.

Plot twist, Tom dengan tikus itu sebenarnya berkawan!

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ramai sebenarnya yang takut dengan tikus ni!

Tapi ada juga yang takut dengan kucing...

You may be interested in: