"Rasa Macam Nak Nangis" - Tular Video Takut Kucing, Remaja Bongkar Kisah Tercetusnya Fobia
Ta...tapi kucing sangat comel, kenapa takut?!
Kita semua pasti ada sekurang-kurangnya seorang kenalan yang takut dengan kucing
Ada orang yang takut dengan serangga seperti lipas, cicak, labah-labah dan lain-lain. Bila difikirkan, logik juga takut dengan serangga. Serangga dah lah kotor dan menggelikan, tapi paling scary yang boleh bergerak laju dan boleh terbang. Confirm akan jerit lari lintang-pukang!
Tapi kenapa ada yang takut dengan kucing? Kucing kan haiwan berbulu yang comel dan manja. Hakikatnya, ramai sebenarnya yang mempunyai rasa takut pada kucing atau nama saintifiknya, Ailurophobia.
Seperti seorang remaja ini yang mana video rakaman dirinya menjerit ketakutan setelah diacah dengan seekor kucing oleh rakan telah tular di laman Twitter.
Susulan daripada tularnya rakaman tersebut, remaja yang dikenali sebagai Mirul telah tampil berkongsikan backstory kenapa dia takut dengan haiwan berbulu comel itu
Menerusi laman Twitter juga, Mirul menjelaskan pengalaman silam telah membuatkan dirinya berasa takut dengan kucing.
Semuanya bermula ketika dia sedang menikmati juadah makan malam bersama keluarga di sebuah restoran. Secara tiba-tiba seekor kucing telah melompat naik ke atas ribanya.
Walau bagaimanapun, menurut Mirul, masalah fobia yang dialaminya tidaklah begitu serius. Meskipun begitu, dia menasihatkan orang ramai, lebih-lebih yang suka menyakat itu, agar lebih berwaspada dalam bergurau.
Selepas membaca pengalaman Mirul, terdapat beberapa lagi warganet yang turut sama takut dengan kucing telah berkongsikan cerita mereka pula
Sama seperti Mirul, masing-masing mempunyai backstory mereka tersendiri tentang bagaimana boleh tercetusnya perasaan takut pada kucing.
Alahai, kesiannya.
Okay janganlah kita dok sakat kawan-kawan kita yang takut dengan kucing tu dah. Walaupun kucing tersangatlah cute!