seismik

"Comelnya Kucing Ni” - Reaksi Kanak-Kanak Ini Menangis Sebab Dapat Kucing Bikin Semua Awhh

Tak pasti mana lagi comel, budak-budak atau kucing?

Cover image via Twitter @alyaaddini

Kucing adalah antara haiwan yang penuh dengan telatah dan ragam yang menggelikan hati

Kucing adalah haiwan yang cukup comel. Telatahnya yang nakal dan manja mampu mencuit hati sesiapa sahaja terutamanya penggemar haiwan tersebut.

Image via Google

Kucing juga adalah haiwan yang sering diambil sebagai haiwan peliharaan. Selain dapat menemani ketika sunyi, haiwan tersebut juga turut menceriakan suasana dan amat menyeronokkan untuk dimain bersama.

Bukan itu sahaja, menjaga kucing juga tidaklah sukar kerana cara penjagaannya yang sangat mudah.

Baru-baru ini menerusi laman Twitter, seorang gadis telah memuat naik video gelagat tiga orang kanak-kanak mendapat kucing yang ternyata buat ramai terhibur

Dalam rakaman berdurasi 1 minit dan 30 saat itu, dapat dilihat ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan baru sahaja mendapat kejutan dua ekor anak kucing daripada ibu mereka.

Yang kelakarnya, sambil membelai anak-anak kucing itu, mereka sampai menangis teresak-esak ekoran terlalu teruja dan gembira.

Menerusi rangkaian tweet, dimaklumkan kedua-dua anak kucing itu telah diberi nama Bella dan Taeyang.

Susulan daripada tularnya video itu, ramai warganet yang tersentuh hati melihat gelagat tiga beradik itu menerima anak-anak kucing terbabit.

Antara komen menarik daripada warganet:

Alahai, comelnya!

Siapa tak suka kucing meh penulis ada nak cakap sikit.

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Rajin-rajinkanlah diri bagi kucing liar makan!

You may be interested in: